Assalamualaikum kawan2 ku yg tersyang.. Ary nim aq nk updates status aq tntg ISLAM. Ramai mnsia zaman skunk nim amek mudah jer tntg islam. Ada yg tau bnda tu klau buat brdosa tpi buat jgk bnda tu. Apa ler nk jdi nan mnusia zaman skunk nim. Korang tau tk apa itu islam sbnarnye??

Islam itu adalah sebuah cara dan kaedah hidup yang boleh dan akan diterima oleh semua lapisan masyarakat, tanpa perbezaan bangsa, bahasa mahupun negara. Asas ajaran Islam sangat2lah mudah iaitu “لا إله إلا الله محمدا رسول الله”, Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Islam ialah asal dan asas kehidupan setiap orang manusia. Untuk mengenali agama Islam , kita hanya perlu mengenal siapa diri kita dan untuk apakah kehidupan ini . Ramai manusia termasuk orang yang beragama Islam sendiri tidak dapat menerima Islam dengan sepenuh hati mereka kerana mereka tidak mengenal dengan Islam.
Sebenarnya!!! Tiada sebarang ajaran khas di dalam Isla . Islam bukanlah sebuah agama atau falsafah. Islam hanyalah sebuah cara dan kaedah hidup yang mudah, selamat dan sempurna. Jika kita ingin terangkan Islam dalam sebaris perkataan ia boleh dikatakan sebegini, "Islam ialah sebuah gaya dan cara hidup yang bersih, mudah, suci dan selamat bagi setiap orang manusia".
Sesuatu benda yang paling orang ramai takut dengan Islam ialah hukumannya . Hukuman Islam sangat2lah berat tetapi tujuan hukuman tersebut ialah untuk mengelakkan kesalahan berlaku dan menghalang jenayah dan bukan untuk menyeksa manusia. Tujuan utama undang2 Islam ialah untuk menjaga hak kita, menjaga keluarga kita, untuk menyelamatkan harta kita, untuk menyelamatkan diri kita sendiri, melindungi kaum wanita dari menjadi mangsa rogol, untuk menyelamatkan manusia yang lemah dan tiada tujuan lain.
Motif utama semua agama di dunia ini ialah untuk menyelamatkan semua manusia dari dunia ini dan membawanya ke dunia berikut dengan selamat. Semua agama di dunia ini memberikan peringatan, amaran dan mengajar manusia tentang dunia ini dan asal manusia supaya dia menyedari tentang dirinya dan buat persediaan untuk meninggalkan dunia ini dan maju ke dunia berikutnya.
Islam hanya mengajar manusia tentang dunia berikut sahaja, Islam tidak mengajar manusia tentang rahsia kehidupan ini kerana seorang pesakit hanya perlu mengetahui sedikit tentang penyakitnya dan rawatan yang diberikan. Dia tidak perlu mengetahui secara mendalam dan secara saintifik tentang asal usul penyakit dan rawatan tersebut. Kalau pun diterangkan oleh doktor yang merawat pesakit tersebut, sudah pasti pesakit itu tidak akan faham. Hanya doktor yang perlu mengetahui segala-galanya tentang penyakit dan perubatan bukannya pesakit. Kalau pesakit tahu cara mencegah penyakit sudah memandai.
Allah Maha Mengetahui, Dia kenal segala jenis penyakit dan kelemahan manusia, Dia terus memberikan ubat dan mengajar cara2 mencegah penyakit. Seorang yang membeli atau membawa kereta tidak perlu belajar cara membina enjin, gear box dan sebagainya. Dia hanya perlu belajar cara memandu dan menjaga kereta tersebut sahaja. Pembinaan kereta, membaiki kereta dan sebagainya akan diuruskan oleh seseorang khas yang ada kebolehan untuknya.
Katakanlah : ”Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi: Ibrahim, dan lsmail, dan Ishak, dan Yaakub, dan keturunannya, dan kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi-nabi: Musa dan Isa, dan sekalian Nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah kami berserah diri”. (Aali Imraan: 84)
Wahai sahabat2ku sekalian, jgnlah kamu mgtakan bhwa Islam itu menyusahkan hidup kamu malah katakanlah bhwa Islam itu adlh agama yg indah dn aman. Ingatlah whai shbat2ku trsyang, hnya Islam shja yg boleh mnyelamatkan kite di akhirat nti krna dgn adanye Islam kite blh beribadat kpd Allah s.w.t. Islam itu agama kite, jdi.. Jgnlah kamu mensia2kan ajaran Islam trhapad diri kamu..
Buat msa nim, yg nim jer aq blh ceritakan ttng APA ITU ISLAM.
Aq sbnrnye kurang jgk kefahaman tntg islam nim tpi aq cuba tuk fahami islam itu secara lebih mendalam sb islam itu indah dan islam itu tk memaksa umatnye. Sesiapa yg cuba fahami islam dgn lebih mendalam, pasti org tu akn merasa seronok krna islam itu sungguh indah dan aman.
I LOVE ISLAM, I LOVE ALLAH and I LOVE THE PROPHET MUHAMMAD S.A.W. ^_^