Friday, 30 March 2012

H.A.P.P.Y

                                                  


Today :: Happy giler beb aQ ase.. hahaha..
Mana taknye,, satu ary aQ kuar jalan2 nan kawan2 aQ..
Kitorang pegi pesta buku, pstu pegi makan2 kt stadium..
Perghh,, best gilerr r.. Ase nk g plk jalan2, tak puas ase.. hehe

Pstu an,, ptg tkdi aQ kuar plk jalan2 nan kawan2 aQ..
Pagi kuar, petang pn kuar.. Aishh,, kuat ler aQ nim kuar jalan2..
Nasib baik mak abah aQ tak marah..
Besenye kalu aQ kuat kuar jalan2 nim wajib kena berleter.. hehe


Petang tkdi aQ g cC nan kawan2 aQ..
Thanks ler kt kawan2 aQ yg sudi ajak aQ kuar petang tkdi.. hehe
Kesedihan yg aQ alami mggu nim terubat jgk nan gelagat kOrang sume..
Thanks a lOt ep kawan2.. Aq shayam kOrang ketat2 tau..

EsOk nk kuar jalan2 plk,, Farah kawan aQ uat makan2 ckit kt umah dy..
Kalau tak pegi kan, nati dy terasa plk..
Don't wOrry Farah,, kO tggu jew aQ kt umah kO..
Aq, Esah, Ruby, Tasnin, Ct, Yumna, Dilah pegi serbu umah kO esOk..
Tggu dn lihat jew beb!! Hahahahahaha...

Saturday, 24 March 2012

S.E.D.I.H

Haip bLoGgErs..
Korang sume sihat tak?? aQ harap kOrang sume sihat..

Semalam dn ary nim ttp sama jew bagi aQ,, sedIh wOoo..
Ase nak nanges jew tau tpi aQ ttp kena cOol.. hehehe
Hmm,, semalam aQ gaduh nan adik aQ..
Tak pernah lagi aQ gaduh nan dy camni tpi semalam,, hnya Alla jew tau..
Ntah knpa sume nim trjadi.. Dgn tetibe sumenye dh berantakan..

Sedih wOoo.. tak pernah ag aq sedih camni,, First time sedih camni tau..
Semalam an, seharian aQ trmenung.. aQ egt an air mata aq xjatuh tpi jatuh gk.. T__T
Kalau bOleh,, aQ nak nanges puas2 semalam tpi mak aQ tak kasi aQ nanges lama2 sb benda dh nak jadi, terime jew lar..
Lagipun Allah sntiasa ade nan kite sume, tak kire sedih atau gembira...
La tahzan.. -----) mak aQ cakap..


Hepinye aQ ase bile mak aQ cakap camtu kt aQ..
IdOp nim kdg2 kite kt atas, kdg2 kite kt bawah..
Skunk nim,, aQ nak wt dOn't knOw jew..
aQ nak tengOk,, smpai bile aQ gaduh nan adik aQ tu..

Skunk nim, kite sume must tO be haPPy,, nOt sad..
Adik,, wt msa skunk nim,, kite wt hal masing2 ye dik..
Walaupun kite wt hal masing2 skunk nim,,
Akak tetap sHayam adik tau.. Adik adlh adik akak..


I LOVE YOU ALWAYS SIS & I WILL BE MISS YOU..



Friday, 23 March 2012

Beza seorang perempuan dengan seorang muslimah

*Perempuan*

Apabila teruna memerhatikannya,
Perempuan akan membalas renungan matanya.

Apapila teruna mendekatinya selangkah,
Perempuan datang berpuluh langkah.
Apabila teruna memujuk rayu,
Perempuan lemah dalam pangkuannya.

Apabila teruna memberi harapan,
Perempuan hanyut dalam angan-angan.

TETAPI SEORANG...

*Muslimah*

Apabila teruna memandangnya,
Muslimah tunduk mengelak dari panah syaitan.

Apabila teruna mendekatinya selangkah,
Muslimah berundur beribu langkah.

Apabila teruna memujuk rayu,
Muslimah anggap itulah kalimah iblis.

Apabila teruna menutur harapan indah,
Muslimah yakin janji-NYA lebih bahagia di sana.

Kerana Muslimah mengerti dan menyedari..
Akan erti maruah peribadi sejati
Yang diselaputi iman yang hakiki
Yang tidak mudah dicemari..

Saturday, 17 March 2012

Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan

1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebanyak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan.

Sekian. Wallahualam.

Thursday, 15 March 2012

4 Golongan Lelaki yg Ditarik Oleh Wanita Ke Neraka

1 • Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat ..... tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

2 • Suaminya
Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri ..... walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

3 • Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh pula kepada abang-abangnya ..... jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran ISLAM .... tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4 • Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak ....... nantikan tarikan ibunya.

---------------------------------------------------------------

♦ Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ..
♦ Maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar ..

~ Firman ALLAH S.W.T ~

"Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahlimu dari api neraka, dimana bahan pembakarannya ialah manusia & batu- batu" ..

*~ selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka ~*

Friday, 9 March 2012

Satu Soalan Buat Hawa & Satu Jawapan Dari Adam ..

Satu Soalan Buat Hawa..

Pandang kanan, awek shawl merah jambu ala-ala yuna. baju sendat. vogue.
Pusing kiri, awek shawl kelabu bak hana tajima. tengkuk terdedah. gorgeous.
Tengok depan, awek legging rambut rebonding paras belikat. baju lengan pendek. stylo.
Toleh belakang, awek skinny dengan blouse labuh tutup punggung. tak bertudung. heels 4 inci. WOW!!

***

Satu soalan buat hawa, memang itu ke yang korang nak? berfesyen tanpa meletakkan agama di depan? fesyen didahulukan, agama dikemudiankan?

Satu soalan buat hawa, selesa ke dengan penampilan sebegitu? menjadi perhatian kaum lelaki yang sememangnya mata keranjang? segenap tubuh diratah mata manusia?

Satu soalan buat hawa, apa tujuan korang berpakaian sedemikian? mahu tampak gah di kalangan teman-teman? sentiasa di atas? lepas tu apa? riak? takbur? bangga?

Satu soalan buat hawa, adakah dengan berbaju kurung bertudung litup korang akan dianggap kuno? adakah dengan fesyen lilit-lilit shawl akan jadikan seorang yang up-to-date? nahh~

Satu soalan buat hawa, adakah dengan berpakaian sopan akan menjejaskan kecantikan korang? akan menjadikan korang hodoh? nampak kecundang dalam dunia moden?

Satu soalan buat hawa, kalian berfesyen untuk kepuasan sendiri bukan? tapi pernahkah kalian sedar bahawa diri kalian takkan pernah puas?

Baca ni :::

Satu Jawapan Dari Adam..

Satu jawapan dari adam, seorang perempuan yang tertutup sempurna auratnya lebih bernilai di mata lelaki untuk dijadikan teman seumur hidup.

Satu jawapan dari adam, kecantikan seorang wanita yang menjaga auratnya dari dipandang lelaki yang bukan halal baginya adalah lebih mahal dari dunia dan segala isinya.

Satu jawapan dari adam, kecantikan si berbaju kurung yang bertudung takkan dapat ditandingi oleh yang lain. cantik, cun, ayu, dan sopan. apa lagi yang kalian nak?

Islam membenarkan fesyen tapi islam jugak melarang tabarruj. Allah tak suka mereka yang berlebih-lebihan tahu x? jadi bersederhanalah wahai sahabat2ku!~

"Sepantas mana pun kau lari untuk mengejar kepuasan dirimu, kau takkan pernah dapat mencapainya kerana kepuasanmu yang sebenar berada diantara kamu dengan penciptamu, ALLAH SWT.."