
Waktu engkau masih kanak-kanak,,
Kau laksanakan kawan sejatiku..
Dengan wuduk, Aku kau sentuh dalam
keadaan suci, Aku kau pegang..
Aku kau junjung dan kau pelajari..
Aku engkau baca dengan suara lirih atau
pun keras setiap hari..
Setelah selesai engkau menciumku mesra..
Sekarang engkau telah dewasa..
Nampaknya kau sudah tidak berminat lagi
padaku..
Apakah Aku bahan bacaan usang yang
tinggal sejarah..?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan
yang tidak menambah pengetahuanmu,,
Atau menurutmu Aku hanya untuk anak kecil
yang baru belajar mengaji??
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali,,
sehingga engkau lupa di mana Aku
tersimpan..
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai
pengisi stormu..
Kadang kala Aku dijadikan mas kahwin agar
engkau dianggap bertaqwa..
Atau Aku kau buat penangkal untuk
menakuti iblis dan syaitan??
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan
dalam almari, di dalam laci, Aku engkau
pendamkan..

Dulu.. pagi-pagi.. surah-surah yang ada
padaku engkau baca beberapa halaman..
Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai
bersama temanmu di surau..
Sekarang.. seawal pagi sambil minum kopi,
engkau baca surat khabar dahulu..
Waktu lapang engkau membaca buku
karangan manusia..
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang
datang dari Allah Azzawajalla,
engkau,, engkau abaikan dan engkau
lupakan..
Waktu berangkat kerja pun kadang-kadang engkau
lupa baca pembuka surah-surahku (Bismillah)..
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik
menikmati musik duniawi..
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang
terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan, radiomu selalu
tertuju ke stesyen radio kesukaanmu..
Aku kini engkau sudah lupakan..
Seandainya aku bisa berbicara, aku akan katakan ::
"Ku mohon engkau peganglah Aku lagi, bacalah Aku
setiap hari kerana Aku akan menjadi penerang dalam
KUBURMU!!!"

No comments:
Post a Comment