Wednesday, 11 December 2013

NUKILAN BUAT SAHABATKU

SAHABAT..
Aku sedar diriku ini tidak sebagus
sahabat-sahabatmu yang lain..
Aku sedar diriku ini tidak sehebat
sahabat-sahabatmu yang lain..
Aku sedar diriku ini tidak secantik
sahabat-sahabatmu yang lain..
Aku sedar diriku ini tidak sekaya
sahabat-sahabatmu yang lain..
Dan aku sedar diriku ini tidak ada gunanya lagi
buatmu duhai SAHABAT..

SAHABAT..
Jika diriku ini tidak diperlukan lagi
"katakanlah"..
Jika diriku ini tidak membahagiakan dirimu
"katakanlah"..
Jika diriku ini tidak mempunyai daya membuatmu ketawa
"katakanlah"..
Jika diriku ini tidak ada gunanya lagi
"katakanlah"..
Dan jika diriku ini tidak boleh engkau menerimanya kembali
"katakanlah"..
Aku menerimanya dengan hati yang reda dan terbuka..

SAHABAT..
Selama ini suka dan duka kita kongsi bersama
tapi tidak lagi kini..
Selama ini tawa dan gelak kita kongsi bersama
tapi tidak lagi kini..
Selama ini pergi ke mana pasti bersama
tapi tidak lagi kini..
Selama ini kita kongsi masalah bersama
tapi tidak lagi kini..
Dan selama ini kite bagaikan adik-beradik
tapi tidak lagi kini..

KENAPA ini semua terjadi pada KITA ???

Tidakkah engkau menyayangi persahabatan
yang kita bina bertahun lamanya ???
Tidakkah engkau menyukai persahabatan
yang telah kita bina secara tidak langsung ini ???
Tidakkah engkau menyayangi aku sebagai sahabat
seperjuanganmu ???

Adakah engkau ingin bermusuh denganku hanya
kerana perkara kecil ??
Adakah engkau membenciku kerana aku tidak lakukan ape
yang harus aku lakukan ??
Adakah engkau ingin aku pergi jauh daripada dirimu ??

Duhai SAHABAT yang aku sayangi....
Janganlah engkau menghukum aku kerana masa silamku..
Janganlah engkau menghukum aku kerana salahku yang lalu..
Dan janganlah engkau menghukum aku kerana
aku hanya INSAN BIASA
yang tidak lari daripada membuat kesalahan..

Maaf atas segala kekhilafan yang pernah aku lakukan
sehingga mengguris atmamu..
Maaf...........