Saya sayang awak tapi kenapa awak tak sayang saya macam
awak sayang kawan baru awak tu ? Saya rindu awak tapi kenapa awak tak rindu saya macam awak
rindu dekat kawan baru awak tu ? Apa salah saya sehingga awak sanggup sisihkan saya dalam
hidup awak ?? Saya tak faham dan tak mengerti dengan keadaan awak sekarang nie. Awak dah lain, awak tak macam awak yang saya kenal dulu. Dulu awak selalu ade dengan saya bila saya sedih atau
gembira tapi sekarag bila saya perlukan awak, awak takde di samping saya untuk push saya
dari belakang. Mana sahabat saya yang dulu ?? Saya nak awak yang dulu, saya nak awak yang
dulu.. Tolong lar wak.. T_T
Awak, kalau lar awak boleh dengar rintihan saya nie
kan bagus. Saya nak awak yang macam dulu. Saya rindukan awak yang dulu tapi saya tau,
semua tu mustahil buat masa sekarang nie untuk awak balik pada awak yang dulu. Awak, saya sedih bila teringatkan awak. Dulu, kita rapat bagaikan adik-beradik. Bila awak susah, saya
bantu awak. Bila saya pulak yang susah, awak yang datang bantu saya tapi sekarang,, awak yang
dulunya selalu mengambil berat hilang sekelip mata. Bukan kembali kepadaNYA tapi tak tau ke mana. Saya sedih awak.
Awak, kenapa awak buang terus saya dalam hidup awak ? Dulu awak kata, sayalah
satu-satunya sahabat awak yang awak ada dan saya jugalah sahabat awak yang terbaik dalam
hidup awak tapi kenapa semua tu berubah bila awak ada kawan baru ? Apa salah saya
sehingga awak buat saya macam nie ?
Siang malam saya berdoa pada Allah agar membuka pintu atma awak supaya
saya dapat kembali ke dalam atma awak seperti dulu tapi doa saya masih lagi belum terjawab.
Takpe, saya reda dan terima semua ujian nie. Saya yakin, suatu hari nanti mesti awak
akan datang balik pada saya. Saya sentiasa menunggu saat tu awak..
Hurmm... Awak, seminggu lagi kite nak exam tapi awak masih lagi menghindari
saya. Hina sangat ke saya nie di mata awak sehingga awak nak pandang saya pun susah.
Saya tak tau mana silap saya terhadap awak. Kalau saya ada buat silap atau menyakitkan
hati awak, saya mintak maaf. Tolong jangan hukum saya sebegini rupa.
Rasa rindu untuk berbula-bual dengan awak begitu mendalam. Bila saya
jumpa awak, saya rasa nak peluk sangat-ii awak tapi saya cuba kawal diri saya sebab saya tak nak buat awak bertambah marah terhadap saya.
Awak, sekali lagi saya mintak maaf jika saya menyusahkan awak. Mungkin
dengan kehadiran saya ini dalam hidup awak selalu menganggu awak sehingga membuatkan awak menyampah
dengan adanya saya di hadapan awak, maafkan saya awak tapi jangan lar awak buat macam nie. Awak ignore saya macam
kita nie tak pernah kenal. Luar memang saya nampak kuat tapi dalam,,, hanya Allah yang
tau. Awak, dulu bila awak dalam kesedihan, awak ingat tak apa yang kita buat ? Kita pegi lepak sama-ii, pegi makan-ii kat McD, awk ingat tak ?
Semua tu kenangan yang terindah dalam
hidup saya. Saya tak akan lupakan semua kenangan-ii tu sebab itulah satu-satunya kenangan
yang saya ada dengan awak. Awak, mungkin awak rimas dengan sikap saya yang terlalu mengambil berat
tentang diri awak tapi saya buat semua tu sebab saya sayangkan awak. Saya sayangkan awak
lebih daripada nyawa saya sendiri wak..
Sehari sebelum final exam, tiba-ii awak tercegak seperti tiang di hadapan saya. Alangkah gembiranya hati saya masa tu
sebab awak masih lagi appreciate saya dalam hidup awak. saya ingatkan awak datang untuk
berbual-ii dengan saya tapi sebaliknya. Pipi saya terasa sakit dan berdenyut-ii seperti ada satu
tamparan yang amat kuat singgah di pipi saya. Saya tak tau apa salah saya sampai awak
sanggup menampar saya. Selama kita berkawan, awak tak pernah tampar saya tapi sekarang sanggup awak buat macam nie dekat saya ? Apa dosa dan khilaf yang telah saya lakukan terhadap
awak ?? Awak tolong lar cakap. Saya merayu dengan awak, cakaplah apa sebabnya. Saya mohon.... :'(
Begitu lama saya mendesak awak untuk mengetahui kebenaran, akhirnya awak bersuara juga. Alangkah sedihnya hati ini bila awak mengatakan diri saya ini bodoh. Saya tak faham apa yang awak cuba sampaikan kepada saya. Sanggup awak mengatakan saya bodoh hanya kerana awak mengesyaki saya cuba merampas si dia diri awak. Saya hanya diam tak berkata. Saya tak faham apa yang awak maksudkan dengan “si dia”.. Siapakah dia duhai sahabat ku ? Siapa ??
Begitu lama saya mendesak awak untuk mengetahui kebenaran, akhirnya awak bersuara juga. Alangkah sedihnya hati ini bila awak mengatakan diri saya ini bodoh. Saya tak faham apa yang awak cuba sampaikan kepada saya. Sanggup awak mengatakan saya bodoh hanya kerana awak mengesyaki saya cuba merampas si dia diri awak. Saya hanya diam tak berkata. Saya tak faham apa yang awak maksudkan dengan “si dia”.. Siapakah dia duhai sahabat ku ? Siapa ??
Sahabat !! Hanya kerana seorang
lelaki awak tampar saya. Awak, saya tak pernah tau yang awak dah ada seorang teman lelaki.
Selama nie kita tak pernah bersua muka apatah lagi bercakap. Kita sama-ii buat hal
masing-ii, awak dengan cara awak dan saya dengan cara saya tapi kenapa awak tuduh saya yang
cuba merampas si dia daripada awak ? Kenapa awak tak tuduh kawan-ii baru awak tu ? Awak takut kehilangan kawan-ii baru awak ??
Buruk sangatkah saya nie sehingga saya diperlakukan sedemikan ? Awak dah jauh berubah,, awak dah lain. Awak dah tak sama macam yang dulu lagi. Apa dah jadi dengan awak nie ? Siapa punca sehingga awak jadi
macam nie?
Saya cuba terangkan pada awak secara baik
tapi awak tetap tak percaya. Awak lebih percayakan kawan-ii baru awak. Awak, saya bukanlah
seorang perampas. Saya tak kan sesekali merampas kebahagian sahabat karib saya apatah lagi
awak. Saya tak sangka perangai awak macam nie terhadap saya. Saat ini, hati saya luluh
dengan tuduhan awak terhadap saya. Dah lar awak, cukuplah sampai di sini saja kita berteman, saya dah letih dengan semua tuduhan melulu awak terhadap saya. Saya tak kesah
apa yang awak nak cakap tentang diri saya asalkan awak bahagia.
Semalam kita jadi kawan dan hari nie
kita dah jadi musuh. Kata-ii awak masih lagi terngiang-ii di telinga saya walaupun
dah hampir setahun berlalu. Dalam setahun tu jugak kita tak berhubung apatah lagi berjumpa. Rasa
rindu pada awak amatlah mendalam dalam hati ini walaupun masih ada lagi luka di hati kecil ini. Bagi awak, saya ialah musuh ketat awak tapi bagi saya, awak tetap kawan saya dunia
akhirat.
Tapi tak lama lepas tu, awak muncul kembali
di hadapan saya sama seperti awak muncul di hadapan saya dulu. Awak tundukkan muka
awak semasa berhadapan dengan saya. Duhai sahabat, kenapa ?? Beribu-ii soalan bermain di fikiran
saya. Setelah setahun awak menghilangkan diri, kini awak muncul kembali. Saya cuba untuk menghampiri awak tapi saya tak berani. Saya
takut kisah dulu terungkit kembali. Cukuplah sekali sejarah hitam seperti itu berlaku dalam hidup saya. Saya tak nak benda itu berulang kembali.
Tiba-ii awak peluk saya. Saya tergamam dan terkedu. Saya cuba untuk membalas balik pelukan awak tapi
susah. Saya sendiri tak tau kenapa. Selama nie saya selalu berdoa agar awak datang kepada saya dan memeluk saya seerat yang mungkin tapi entah mengapa satu perasaan yang tidak diundang hadir dalam hati saya yang kecil untuk membenci awak. Demi Allah duhai sahabat, tidak pernah terniat di hatiku untuk membenci dirimu, maafkan diri ini.
Saya cuba leraikan pelukan awak daripada saya tapi semakin saya cuba leraikan pelukan awak, semakin kuat pelukan awak
terhadap diri saya. Ya Allah, kenapa nie awak ? Janganlah menangis wak.. Saya kan ada dengan awak nie.
Saya cuba tenangkan awak tapi tangisan awak semakin kuat dan kedengaran awak meminta
maaf dengan saya. Awak, kenapa nie ? Tolong lar awak, jangan macam nie. Saya cuba
pujuk awak perlahan-ii dan akhirnya pelukan awak terlerai jua. Awak, sekarang nie saya
minta pada awak, tolong ceritakan hal yang sebenar pada saya. Kalau saya boleh tolong, InShaAllah saya tolong.
Awak mulakan cerita tapi awak bercerita tentang
si dia yang pernah awak tuduh saya sebagai perampas. Saya hanya mendengar
luahan hati awak. Sebagai seorang sahabat, saya cuba bantu untuk awak melupakan si dia tapi saya
hairan, mana pegi semuanya kawan-ii awak yang di gelar BFF ? Ke mana mereka menghilang
di waktu awak perlukan mereka ?? Rupa-rupanya mereka hanya mengambil kesempatan
atas kemewahan yang awak ada. Saya tak sangka sanggup mereka buat macam tu kat awak.
Bila diorang dapat tau family awak dah
bankrupt dan awak dah takde apa-ii, diorang pegi tinggalkan awak. Kejam betul
diorang.
Saya kesian dengan keadaan awak sekarang
nie yang tak terurus. Dulu awak cantik dan menjadi igauan bagi setiap lelaki-ii kat
luar sana tapi sekarang nie, awak nampak selekeh sangat-ii. Kenapa awak boleh jadi macam nie ?
Dah seminggu berlalu tapi awak masih tampak sedih. Awak, saya mintak maaf sebab saya rasa saya masih lagi belum berjaya membahagiakan sahabat saya sendiri,, saya kalah wak. Buktinya awak masih tampak sedih
walaupun dah bermacam cara saya buat untuk awk tampak gembira. Maafkan saya jugak sebab
saya tak dapat buat awak lupakan si dia sebab sayang awak terhadapnya tetap utuh dalam diri
awak. Semakin hari keadaan awak semakin tak terurus selepas pemergian orang tua awak.
Awak, tolonglah kuatkan semangat
awak. Lupakan tentang dia dan mulakan hidup baru. Kesian kat mak dan abah awak kat
sana, mesti diorang sedih tengok keadaan awak macam nie. Awak harus teruskan hidup awak
walaupun tanpa dia di sisi awak. Saya kan ada. Saya sentiasa dengan awak. Saya tak akan
biarkan awak hadapinya seorang diri.
Hari demi hari, Alhamdulillah.. Akhirnya awak dah
kembali pada yang dulu tapi semua tu hanya sementara. Saya tak faham dengan awak, siapa saya
sebenarnya pada awak ?? Time awak sedih awak cari saya tapi bila awak dah senang awak pegi macam tu je. Awak tak pernah appreciate apa yang saya dah buat untuk awak. Saya rasa
diri saya hanya tempat awak melepaskan kesedihan di hati awak je. Lepas sedih di hati
awak hilang, awak tinggalkan saya macam tu je. Ya Allah, apa sebenarnya yang awak nak dari saya ?? Kadang-ii saya benci dengan perangai awak dan kadang-ii saya kesian kat awak. Menyesal rasanya saya tolong awak, itulah yang terdetik di hati saya semasa awak angkat kaki dari rumah
saya.
Hurmm.. Awak pegilah jauh-ii daripada hidup
saya. Saya dah tak perlukan awak lagi, ramai lagi orang yang sudi bersahabat dengan saya. Kini,
tinggallah saya sendirian. Sedih awak tau, sedih. Saya sayangkan awak tapi awak yang
membuatkan saya benci pada awak. Awak, saya mintak maaf. Saya takde niat untuk membenci
diri awak tapi keadaan yang membuatkan saya benci awak.
Lepas daripada hari tu, saya tak terima
satu message atau contact daripada awak. Saya harap awak bahagia diluar sana dengan kawan-ii baru awak. Saya harap diorang tak kecewakan awak buat kali yang kedua. Satu hari, saya
dapat berita mengenai diri awak. Alangkah terkejutnya saya bila saya dapat tau yang awak dah
kembali ke rahmatullah. Ya Allah, kenapa cepat sangat awak dipanggil menghadapNYA ?? Belum
sempat saya mintak maaf atas kekasaran saya terhadap awak tempoh hari.
Awak, saya tak terima semua nie. Awak !!!!!!!!
Tolong jangan tinggalkan saya. Tolong lar awak. Ya Allah, kembalikanlah sahabat aku, aku pohon padaMU ya Allah.. Hanya itu yang keluar daripada mulut saya di waktu itu. Saya
tau, saya tak sepatutnya melawan takdir tapi saya terlalu sedih sehingga membuatkan saya tak boleh menerima kenyataan yang awak dah takde. Ya Allah, kuatkanlah diriku ini.. T_T
Awak, sekarang nie saya dalam perjalanan ke
rumah awak. Sesampainya saya kat rumah awak, seluruh anggota badan saya kaku. Saya tak sanggup dan saya tak kuat untuk teruskan perjalanan saya ini. Saudara-mara awak
cuba memapah saya untuk naik ke rumah awak. Saya rebah di sebelah badan yang
terbujur kaku diselimuti kain putih. Saya menangis sekuat hati saya sebab saya tak percaya yang tu adalah awak.
Saya tak percaya semua nie berlaku dalam
hidup saya. Kawan saya sejak di bangku sekolah rendah dah pegi buat selama-lamanya
meninggalkan saya sendrian di sini. Awak, kenapa awak sanggup tinggalkan saya ?? Kenapa awak
hukum saya dengan meninggalkan saya buat selama-lamanya ?? Apa salah saya wak ?? T_T
Saya turun mengiringi awak ke rumah
baru awak dari belakang. Saya masih lagi dalam keadaan menangis. Tiba-ii saya terasa
tangan saya dipegang oleh seseorang. Sungguh saya terkejut bila tengok awak yang pegang
tangan saya dan meminta saya supaya tabahkan hati, kuatkan semangat dan terima
kenyataan apa yang dah berlaku. Saya tetap menangis teresak-ii. Saya tak boleh hadapinya seorang diri wak.. Saya perlukan awak untuk hadapi semua nie. Awak kesat airmata
saya dengan penuh kasih sayang dan berkata “awak, saya sentiasa ada dengan awak tak kira mana awak
pegi”. Saya terkedu. Saya tak faham apa maksud awak. Awak cuba terangkan pada saya satu
persatu dan barulah saya faham.
Semua pengurusan jenazah awak dah
selesai. Hati saya sayu sewaktu awak di timbus oleh tanah. Hati saya
meraung-ii memanggil nama awak. Awak masih lagi dengan saya semasa pengurusan jenazah. Awak
peluk saya erat-ii dan saya tak nak pelukan awak tu menjadi pelukan terakhir buat saya
tapi pelukan awak mulai renggang. Hati saya meronta-ii, tolong.. Tolong jangan leraikan pelukan tu,
tolong lar wak.. T_T
Lepas semuanya dah selesai, awak
ucapkan selamat tinggal pada saya dan mengingatkan kata-ii awak yang terakhir pada saya
sekejap tadi. Luluh hati saya bila awak ucapkan selamat tinggal pada saya. Sedih
awak, sedih sangat-ii.. Apa-ii pun, saya doakan awak di tempatkan bersama orang-ii yang beriman.
Mulai saat itu, saya dah tak menangis dah
wak.. Pesanan awak yang terakhir saya masih ingat dan saya akan ingat buat selama-lamanya.
Saya sayang awak sangat. Awak, kini dah hampir lima tahun awak pegi meninggalkan saya
sendirian. Saya rindu sangat-ii kat awak, rindu untuk berbual-ii dengan awak, rindu nak makan
sama-ii dengan awak, rindu nak study dengan awak, boleh dikatakan saya rindu awak dan nak awak
balik semula duduk di sisi saya tapi saya tau tu semua mustahil.
Awak, tiap kali saya rindu awak, saya
datang melawat awak seperti apa yang awak katakan. Saya datang melawat awak dan
sedekahkan al-fatihah buat awak. Awak, seumur hidup saya, saya tak pernah ada kawan
sebaik awak walaupun kadang-ii awak menyakitkan hati. Takde sape pun boleh gantikan
tempat awak dalam hati saya. Hanya awak yang layak bertakhta di hati saya sebagai sahabat
saya yang terbaik.
Awak, saya dah nak balik nie, kalau ada masa saya datang melawat awak pulak. Saya sayang awak sangat-ii, sangat-ii sayang.. Salam sayang dari hati saya.. Semoga awak berbahagia di atas sana..
Awak, saya dah nak balik nie, kalau ada masa saya datang melawat awak pulak. Saya sayang awak sangat-ii, sangat-ii sayang.. Salam sayang dari hati saya.. Semoga awak berbahagia di atas sana..
Salam sayang ^^
No comments:
Post a Comment