Tuesday, 11 March 2014

Pray For MH370

Kapten Zaharie,
Saya mungkin tidak kenal tuan
tetapi saya tahu,
tuan sudah lakukan yang terbaik.

Saya tidak tahu memandu pesawat
tetapi saya tetap tahu,
tuan akan lakukan yang terbaik.

Saya sedih dengan hilangnya MH370
tetapi saya tahu keluarga tuan
lebih sedih daripada saya.

Kami sedih kehilangan MH370
tetapi saya tahu tuan,
jiwa tuan lebih cedera daripada kami.

MH370,
selagi mereka belum temui rangka kamu,
kami di seluruh dunia berharap kamu akan
kembali dengan selamat.

Kalau ada orang jahat larikan kamu,
kami merayu,
kembalikan MH370 ke KLIA
atau terbangkannya  ke Beijing
kerana seluruh dunia menantikan
khabar kamu.

Kita mungkin tidak pernah bertemu
wahai MH370,
tetapi hari ini semua orang mencari-cari kamu,
hari ini semua orang menanti kamu,
hari ini dunia risaukan kamu,
dan hari ini semua orang menyebut-nyebut namamu.

Muncullah MH370.
Ada jiwa menanti ayahnya,
ada jiwa menanti ibunya,
ada jiwa menanti anaknya,
ada jiwa menanti suaminya,
ada jiwa menanti isterinya,
ada jiwa menanti abangnya,
ada jiwa menanti kakaknya,
ada jiwa menanti adiknya.

Jiwa kami dan jiwa mereka tidak sama.
Kami sedih
tetapi tidak akan ada yang lebih
sedih daripada mereka.

Mereka dan kami mungkin
bukan sebangsa dan seagama
tetapi darah kami sama
merah pekat warnanya.
Kasih sayang kami adalah sama.

ALLAHU AKBAR,
dengan cinta dan rahmatMu,
temukan MH370.
Kami sudah sedia,
Kami sudah redha,
Kami tahu Engkau ada
dan Engkau menentukan segalanya.

Manusia aneh-aneh jiwanya,
kalau kamu tidak ada yang baik
untuk kamu berkata-kata,
sudilah sekiranya
kamu berdiam diri sahaja.

Manusia aneh-aneh jiwanya,
kalau kamu tidak ada yang baik
untuk kamu berkata-kata,
sudilah sekiranya
tadahkan tanganmu untuk berdoa.

Manusia aneh-aneh jiwanya,
kalau kamu tidak ada yang baik
untuk kamu berkata-kata,
sudilah sekiranya
kamu tutup mata dan telinga.

Manusia aneh-aneh jiwanya,
Walau siapa pun mereka,
apapun bangsa mereka,
darah yang mengalir itu
adalah sama dengan darah kita semua.

Doakanlah agar MH370
ditemui disebalik pencarian misteri ini
agar jiwa-jiwa yang sedang gundah-gulana
dapat ditenteramkan dengan berita
penemuannya (MH370).

Saturday, 8 March 2014

Luahan Hati Seorang Anak

          Di pagi yang hening,, bangunnya seorang anak daripada tidurnya. Sungguh lena tidurnya pada malam hari kerana terlalu letih (mungkin). Belum sempat si anak menyiapkan dirinya yang baru bangun, lantas sahabatnya, Ara bertanya, "Kau nak makan apa? Aku nak turun cafe nie, lapar lar." Si anak hanya tersenyum. Lalu dia berkata, "Aku terasa nak makan nasi ayam penyek lar, boleh?". Sahabatnya membalas kembali pertanyaan si anak itu tadi, "Boleh sangat-ii (dalam muka tersenyum), aku turun dulu ye." Selesai perbualan dengan sahabatnya, si anak terus ke bilik mandi untuk membasuh muka beserta mandi.

          Pada pagi tu juga si anak merasakan tangan kirinya itu sakit tapi tidak diendahkannya, mungkin si anak merasakan sakit itu hanya sekejap sahaja. Setengah jam berlalu, Ara sampai ke bilik dengan nasi yang ditempahnya tadi. Ara makan terlebih dahulu daripadanya kerana si anak tiada selera lagi untuk makan. Si anak merasakan tangannya makin sakit. 'Ya Allah, kenapa dengan tangan aku nie? Kenapa sakitnya kini semakin kuat dan berdenyut-ii?', rintihnya dalam hati. Tanpa mempedulikan sahabatnya itu, si anak berlari ke bilik mandi kerana tidak tahan sakitnya. Kasihan si anak itu. Dia tidak mahu menyusahkan sahabatnya itu kerana sahabatnya sedang menjamu selera. Lalu, si anak kuatkan semangat untuk kembali ke bilik.

         Sahabatnya bertanya, "Kenapa tak makan lagi? Nanti tak sedap pulak kalau tak makan sekarang. Nasi, ayam dan sup tu panas lagi." Si anak hanya mampu tersenyum. Lalu dicapainya nasi itu dan dimakannya tanpa kata. Usai makan, si anak merehatkan dirinya sambil-ii melayan movie. Tangannya masih lagi terasa sakit tapi ditahannya semampu yang boleh. Si anak melihat tingkah laku sahabat kesayangannya itu. 'Bersiap-ii nak ke mana lar budak nie?', hati si anak berkata. Tiba-ii sahabatnya berkata, "Aku nak keluar nie, nak pegi library." Si anak terkebil-ii. 'Eh, dia boleh baca fikiran aku ke?', otaknya memanipulasikan kata-ii. Ara menepuk belakang si anak sambil berkata, "Kau nie kenapa?". Si anak terkejut tetapi hanya melemparkan senyuman pada sahabatnya itu seraya berkata, "Buat apa nak pegi library? Lama ke pegi tu?". "Ada group discussion, subjek etnik. Kejap je kut, sebelum magrib balik lar. Aku pegi dulu, kesian diorang tengah tunggu aku. Assalamualaikum." Si anak hanya senyum dan menjawab salam dalam hati.

          Si anak duduk sambil berfikir, "Apa yang dibuat ep? Hum.. Haa! Siapkan slide show BBM lar." Lantas, si anak membuka laptopnya lalu mencapai nota-ii yang telah disiapkan sahabatnya yang lain. Lalu si anak menaip setiap patah perkataan yang terkandung dalm nota tersebut.

          Pada petang itu, si anak hanya membuat kerja-kerjanya. Tidak seperti biasa yang dilaluinya pada semester lepas. Semester lepas si anak mempuyai kelas pada hari Jumaat tapi tidak lagi untuk semester kali ini. Terasa sepi dunianya sebentar selepas sahabatnya keluar untuk perbincangan kumpulan. Dalam bilik si anak menginap itu ada empat orang kesemuanya termasuklah si anak. Pada hari itu juga, si anak tidak bertegur sapa dengan dua orang sahabatnya lagi. Entah mengapa dirinya berasa malas untuk menegur dua orang sahabatnya itu. Dalam menyiapkan kerjanya itu, tiba-ii si anak mengaduh kesakitan, "Arghh! Sakit!". Tangan sia anak pantas mencapai minyak di atas mejanya lalu menyapu ke tangannya yang sakit daripada bahu sehinggalah ke jari-jemarinya. Alangkah sedihnya si anak mengaduh kesakitan seorang diri tanpa ibunya di sisi.

           Bila merasakan tanganya tidak sesakit tadi, si anak meneruskan kerjanya itu sehinggalah salah seorang sahabat memanggilnya, "Mya, nak pegi perjumpaan LAX tak?", tanya si Zie. "Hahh? LAX? Hari nie ke?", tanya si anak tanpa menjawab pertanyaan sahabatnya itu. "A'a, hari nie", slumber sahaja Zie menjawab. "Zie nak pegi ke? Kalau Zie pegi, Mya ikut je", si anak berkata. "Jom lah. Lagipun kehadiran di ambil kira tambahan pula nie first day for LAX meeting", Zie menjawab. "Ok, jom!".

              Setelah siap solat asar, mereka turun bersama untuk ke perjumpaan tersebut. Sesampainya mereka di fakulti tempat mereka belajar, si anak bertanya, "Bilik mana nie Zie?". Zie menjawab, "BS05 nie lah tapi kenapa kertas nie ditaip LAX group 10-20? Yang Acu bagi kat Zie, BS05-LAX group 20-30. Peliknya." "Jomlah kita cari", si anak menjawab. Lalu mereka pun mencari kumpulan mereka dengan melihat kertas yang ditampal di papan kenyataan. Setelah menjumpai bilik yang ada kumpulannya itu, mereka memasukinya. Agak memboringkan perjumpaan tersebut tetapi demi ilmu tetap kuatkan hati yang berkata 'so bored'.

        Usai perjumpaan itu, si anak berkata, "Nak beli air cool blog sebelum balik." Zie hanya menganggukkan kepala dengan senyuman. Si anak memesan air yang biasa dibelinya. Inilah salah satunya minuman kegemaran si anak, COOL BLOG (senyum). Selesai membelinya, mereka duduk sambil berbual. Mana kan tidak, satu hari dalam bilik buat hal masing-ii. Sekaranglah masa untuk berbual sambil-ii bergambar. Tiba-ii tangan si anak mulai sakit kembali. Apa yang dibuatnya saat itu hanya tahan dalam senyum dan bergurau dengan sahabatnya itu.

                Sesampainya di cafe, si anak dan sahabatnya memesan makanan untuk malam ini. Selesai membeli makanan, mereka naik ke bilik. Si anak duduk di katilnya sambil mengurut-ii tangannya yang sakit. Tidak ada orang tahu betapa sakitnya saat itu. Si anak hanya mampu memanggil nama ibunya dalam hatinya. Di saat itu jugalah, si anak terasa ingin pulang ke rumah dan bersama keluarganya yang tersayang tambahan pula ibu bapanya tidak berapa sihat, lagilah membuatkan si anak teringin untuk pulang. Dalam keadaan yang sakit itu, si anak mula mengeluh tanda berputus asa untuk menahan sakit itu. Tanpa disedarinya itu, Ara yang baru sahaja pulang dari perpustakaan bertanya, "Kau ok ke tidak nie? Kenapa baring kat lantai nie, katil kan ada." Dalam keadaan terkejut, si anak bangun nak menuju ke bilik mandi. Sahabatnya terkedu melihat tingkahnya yang pelik.

              Selesai menunaikan solat maghrib, si anak mengadu kepada sahabatnya. "Tangan aku lenguh-ii, dari tadi lagi. Aku nak buat keje pun tak senang macam nie. Nak angkat tangan lagi lah. Rasa macam lumpuh sebelah tangan nie". "Kau ada buat HPV injection kan?", sahabatnya berkata. "A'ah, ada. Kenapa?", kata si anak. "May be tu kesan daripada suntikan HPV", katanya. "Hum.. Seksa aku rasa. Nak angkat tangan pun susah. Apatah lagi aku nak pakai baju pun sakit." "Sabarlah. Esok atau lusa ok lah tu", kata sahabatnya. Si anak hanya menganggukkan kepalanya.

           Mereka mula menjamu selera untuk sebelah malam bersama-ii. Tiba-ii, si anak mencapai telefonnya dan menghantar mesej kepada ibunya di kampung. Setelah menghantar mesej tersebut, si anak mulai makan apa yang dibelinya petang tadi. Tidak sampai lima minit berikutnya, telefon si anak berdering tanda panggilan masuk. Itu panggilan daripada orang tuanya. Terus diangkatnya dengan penuh pengharapan.

            "Kenapa nak balik? Cuti berapa hari nak balik tu?", si ayah bertanya. Dengan sekelip mata, airmata si anak tumpah ke bumi apabila mendengar suara si ayah. Si anak hanya diam menahan sebak supaya tidak didengari ayahnya. Bertubi-ii si ayah bertanyakan soalan tetapi si anak hanya mampu mengeluarkan airmata tanpa kata. Dalam rintihannya, si anak memohon, 'Ya Allah, Engkau kuatkanlah hatiku ini untuk berbicara dengan ayahku.' Lalu si anak menjawab pertanyaan ayahnya dengan nada yang sayu tapi penuh dengan pengharapan untuk pulang tapi apa yang diharapkannya tidak dilunaskan. Sungguh sedih hatinya tatkala ayahnya memberi telefon kepada ibunya utuk bercakap dengannya.

          Si anak berlari keluar bilik apabila tangisannya semakin kuat. Dia tidak mahu sahabat-sahabatnya mengetahui yang dia sedang menangis. Si ibu memulakan perbualannya dengan si anak dengan pertanyaan yang sama dengan si ayah. Si anak hanya diam seperti tadi. Lidahnya kelu untuk berkata-ii tapi si anak kuatkan hati untuk berbicara dengan ibunya. "Orang nak balik. Orang tak nak duduk sini", kata si anak. Si ibu menjawab, "Kenapa dengan kakak nie? Tak sampai sebulan duduk sana dah nak balik? Apa yang kakak fikirkan nie? Mak abah sihat walafiat kat sini. Jangan fikir sangat pasal kami. Tumpukan pada pelajaran kakak, itu lebih penting. Selagi mak abah tak dimasukkan ke hospital, selagi tu lah kakak tak perlu risau. Percaya pada Allah, DIA Maha Mengetahui dan Maha Melihat. DIA akan jaga kami selagi kakak mendoakan kesihatan dan keselamatan kami di sini. Dah, jangan nangis".

          Si anak teresak-esak menangis mendengar percakapan ibunya. Si anak tidak mampu berkata apa-ii lagi walhal si anak teringin untuk bersuara tatkala ibunya berbicara di telefon. Sesungguhnya, hati si anak begitu tersentuh di saat ibunya berbicara. Hanya Allah yang tahu betapa sedih hatinya waktu itu. "Kakak, dah-ii. Jangan nangis lagi. Dah makan?", si ibu kembali bertanya. "Dah", si anak menjawab. "Kalau dah makan, lepas nie solat isyak dan tidur. Tak payah fikir apa-ii. Esok pagi bangun dengan semangat yang baru ye", si ibu berkata. "Em, ok", hanya itu yang mampu si anak menjawab kerana terlalu sebak di hati.

         Setelah selesai bercakap dengan ibunya, si anak pergi ke bilik mandi lalu membasuh mukanya dan mengambil air sembahyang. Selesai semuanya, si anak kembali ke bilik dengan hati yang sayu dan tubuh yang lemah. Sampai di bilik, si anak menunaikan solat isya' dan setelah itu dia membaringkan tubunhya di atas katilnya. Dalam mata terpejam, si anak masih lagi dibanyangi kata-ii ibunya sebentar tadi sehingga dia tidak sedar bahawa airmatanya kembali tumpah buat sekian kalinya. Si anak membiarkan airmatnya itu berlinangan sambil berkata dalam atmanya, "Ya Allah, sesungguhnya janganlah Engkau mempersulitkan urusan orang yang ku sayangi bahkan Engaku permudahahkanlah urusan mereka. Ya Allah, Engkau lindungilah kedua ibu bapaku serta keluargaku daripada perkara-ii yang tidak aku ingini. Sihatkanlah tubuh badan mereka. Jauhilah mereka daripada kesakitan". Begitu sayu hati si anak sehinggalah dia terlena dengan linangan airmatanya itu.


اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِى ذُنُوْبِى وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْ هُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرَا
-Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil-

*Sayangilah ibubapa kamu sepertimana mereka menyayanginyamu*

DEMI ALLAH YANG MENCIPTA ALAM SEMESTA INI,
AKU AMAT MENYAYANGI IBUBAPAKU MELEBIHI
NYAWAKU SENDIRI BAHKAN AKU SANGGUP BERKOBAN
APA SAHAJA BUAT MEREKA..

Monday, 3 March 2014

Apa itu ..?

Sahabat ? Kawan ? Rakan ?
Hum~ semua tu berbeza maksud kan 
walaupun semua tu adalah satu perkataan
tetapi lain nilaiannya..

SAHABAT

Sahabat adalah seorang yang setiakawan,
boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan,
meredakan kesedihan ,menghilangkan kebimbangan
dan sanggup berjuang demi kebaikan kita.

Sahabat ialah orang yang mampu
menyimpan rahsia dan keaiban kita.
Mereka akan sentiasa melindungi kita.
Bahkan sahabat itu kadang kala adalah penjaga, pelindung
dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama kita.

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya,
ia tidak menzaliminya, merendahkannya,
menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.”
(Hadis riwayat Muslim)

KAWAN

Kawan ialah seorang yang boleh berkongsi
lebih dari satu perkara
seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan
dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama.

Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi
dengan kita dan mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya.
Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan
tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu.
Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.

Kawan tu bukan macam main FUTSAL.
Mula-ii kejar, dah dapat sepak..
Kawan tu bukan macam main SKATE.
Mula-ii gosok, lepas tu pijak.
Kawan tu bukan macam main RAGBI.
Mula-ii tangkap, dah dapat tendang.
Kawan tu bukan macam PAMPERS.
Dah pakai pastu buang.
Kawan tu bukannya macam BARANG KEMAS.
Waktu baru beli pakai, dah sengkek gadai.
Kawan tu bukan macam PELANGI.
Hari cerah hilang, hujan gerimis baru muncul.
Kawan tu bukan macam KERETA.
Rosak sikit jual, beli baru.
Kawan tu bukan macam CHIPSMORE.
Kejap ade, kejap takde.
Kawan tu bukan macam BANK.
Bila dah takde duit baru nak cari.

RAKAN

Rakan ialah perantaraan antara kawan dan kenalan.
Rakan ialah orang yang berkongsi minat,
kerjaya, hobi, permainan, guru, kelas, matlamat
dan sebagainya dalam satu organisasi atau kumpulan
seperti persatuan, kelab, syarikat, pertubuhan dan sebagainya.

Agak berbeza maksud tiga perkataan tu.
Nak cari SAHABAT yang sentiasa ada
dengan kita memang susah,
1 dalam 1000.

KAWAN pulak kadang-ii menyenangkan,
kadang-ii merimaskan pun ada.

Inikan pulak RAKAN yang sekadar tempat
untuk berkongsi minat masing-ii.

Susah nak cari TEMAN yang betul-ii ada dengan kita
tak kira susah atau senang.
Kadang-ii ada depan mata kita tapi kita pulak yang tak nampak.
Hum~

Lumrah hidup nie memang tak boleh nak lari.
Semua nak "perfect" tapi kita tak sedar
yang diri kita sendiri pun tak perfect
apatah lagi kita yang nak "perfect" kan diri kita.

Dalam erti kata lain,
janganla terlalu memilih untuk bersahaba atau berkawan
atau berteman tapi mesra kerana
masing-ii takde yang "perfect".
Masing-ii ada kekurangan tersendiri.
Yang "perfect" hanyalah seorang iaitu
NABI MUHAMMAD saw :)

اللهم صلّي على سيّدنا محمد :')

Saturday, 1 March 2014

Kadang-ii

Hidup tak dapat di jangka..
Kadang-ii kita dekat atas,,
Kadang-ii kita dekat bawah..
Begitu jugalah dalam perhubungan..

Kadang-ii jernih, kadang-ii keruh..
Kadang-ii O.K, kadang-ii K.O..
Kadang-ii senang, kadang-ii rimas..
Kadang-ii gembira, kadang-ii sedih..
Dan kadang-ii sayang, dan kadang-ii benci..

Lumrah kita sebagai manusia memang tak boleh lari..
Tiada perhubungan yang semuanya "perfect"..
Pasti akan ada sesuatu yang membuatkan
satu perhubungan itu keruh ataupun retak..

Sayang memang senang diungkap dengan kata-ii
tapi untuk melaluinya amatlah sukar..
Banyak cabaran yang harus dilalui
dalam membina sebuah hubungan yang utuh..
Dan kerana itulah kita harus berdoa
jika mahukan sebuah hubungan yang utuh..

Allah tidak akan menguji seseorang atau pasangan itu
lebih daripada kekuatannya untuk dilalui..

Sesungguhnya setiap dugaan atau ujian atau cabaran
yang datang itu
haruslah diterima dengan kesabaran dan keredaan
kerana Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui
apa yang terdaya dan apa yang tak terdaya
dilalui oleh hamba-iiNYA..

CINTA, SAYANG, RINDU, SUKA, MINAT,
itu adalah lumrah dalam kehidupan kita
sebagai hamba kepadaNYA yang SATU..

Tidak salah untuk bercinta, berkasih sayang
dan merindui sesama manusia
kerana itu adalah fitrah semulajadi yang sekian lama
telah wujud dalam setiap hati manusia..

Tapi janganlah melebihi cinta, sayang dan rindu
padaNYA yang SATU kerana
DIAlah yang melahirkan perasaan sedemikian dalam
hati setiap manusia..

Setiap perhubungan itu haruslah dibina
atas dasar cinta kerana Allah kerana
Allah lah yang mengurniakan cinta dan sayang
dalam setiap hati manusia yang bernafas..

Janganlah membina sebuah hubungan itu
atas dasar nafsu semata-ii
kerana perhubungan itu tidak akan kekal
dan tidak akan mendapat keredaan daripada Allah..
Jika tiada keredaan daripada Allah,
bagaimana untuk mendapatkan kebahagian ?

Sesungguhnya nafsu itu haruslah dikawal sebaik mugkin
agar nafsu itu tidak mengawal diri kita
yang mungkin membolehkan kita
terjunam dalam lembah yang penuh dengan kemaksiatan..

Jika benar sayang akan perhubungan itu,,
binalah secepat mungkin agar maksiat
tidak berleluasa sehingga dunia ini penuh dengan
kemaksiatan..

Allah itu Maha Besar..
DIA lebih tau apa yang terbaik buat kita..
Allah itu Maha Adil..
DIA tau apa yang patut dan apa yang tidak patut buat kita..
Allah itu Maha Mendengar..
DIA suka mendengar luahan hati hambanya..

Maka dengan itu,
berdoalah kepadaNYA agar perhubungan itu
cepat di ijab kabulkan dan
berdoalah kepadaNYA untuk memperoleh keredaan
dan kebahagiaan daripadaNYA
dalam membina sesuatu hubungan itu..