Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Monday, 3 March 2014

Apa itu ..?

Sahabat ? Kawan ? Rakan ?
Hum~ semua tu berbeza maksud kan 
walaupun semua tu adalah satu perkataan
tetapi lain nilaiannya..

SAHABAT

Sahabat adalah seorang yang setiakawan,
boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan,
meredakan kesedihan ,menghilangkan kebimbangan
dan sanggup berjuang demi kebaikan kita.

Sahabat ialah orang yang mampu
menyimpan rahsia dan keaiban kita.
Mereka akan sentiasa melindungi kita.
Bahkan sahabat itu kadang kala adalah penjaga, pelindung
dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama kita.

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya,
ia tidak menzaliminya, merendahkannya,
menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.”
(Hadis riwayat Muslim)

KAWAN

Kawan ialah seorang yang boleh berkongsi
lebih dari satu perkara
seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan
dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama.

Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi
dengan kita dan mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya.
Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan
tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu.
Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.

Kawan tu bukan macam main FUTSAL.
Mula-ii kejar, dah dapat sepak..
Kawan tu bukan macam main SKATE.
Mula-ii gosok, lepas tu pijak.
Kawan tu bukan macam main RAGBI.
Mula-ii tangkap, dah dapat tendang.
Kawan tu bukan macam PAMPERS.
Dah pakai pastu buang.
Kawan tu bukannya macam BARANG KEMAS.
Waktu baru beli pakai, dah sengkek gadai.
Kawan tu bukan macam PELANGI.
Hari cerah hilang, hujan gerimis baru muncul.
Kawan tu bukan macam KERETA.
Rosak sikit jual, beli baru.
Kawan tu bukan macam CHIPSMORE.
Kejap ade, kejap takde.
Kawan tu bukan macam BANK.
Bila dah takde duit baru nak cari.

RAKAN

Rakan ialah perantaraan antara kawan dan kenalan.
Rakan ialah orang yang berkongsi minat,
kerjaya, hobi, permainan, guru, kelas, matlamat
dan sebagainya dalam satu organisasi atau kumpulan
seperti persatuan, kelab, syarikat, pertubuhan dan sebagainya.

Agak berbeza maksud tiga perkataan tu.
Nak cari SAHABAT yang sentiasa ada
dengan kita memang susah,
1 dalam 1000.

KAWAN pulak kadang-ii menyenangkan,
kadang-ii merimaskan pun ada.

Inikan pulak RAKAN yang sekadar tempat
untuk berkongsi minat masing-ii.

Susah nak cari TEMAN yang betul-ii ada dengan kita
tak kira susah atau senang.
Kadang-ii ada depan mata kita tapi kita pulak yang tak nampak.
Hum~

Lumrah hidup nie memang tak boleh nak lari.
Semua nak "perfect" tapi kita tak sedar
yang diri kita sendiri pun tak perfect
apatah lagi kita yang nak "perfect" kan diri kita.

Dalam erti kata lain,
janganla terlalu memilih untuk bersahaba atau berkawan
atau berteman tapi mesra kerana
masing-ii takde yang "perfect".
Masing-ii ada kekurangan tersendiri.
Yang "perfect" hanyalah seorang iaitu
NABI MUHAMMAD saw :)

اللهم صلّي على سيّدنا محمد :')

No comments:

Post a Comment

Hyper Act