Saturday, 8 March 2014

Luahan Hati Seorang Anak

          Di pagi yang hening,, bangunnya seorang anak daripada tidurnya. Sungguh lena tidurnya pada malam hari kerana terlalu letih (mungkin). Belum sempat si anak menyiapkan dirinya yang baru bangun, lantas sahabatnya, Ara bertanya, "Kau nak makan apa? Aku nak turun cafe nie, lapar lar." Si anak hanya tersenyum. Lalu dia berkata, "Aku terasa nak makan nasi ayam penyek lar, boleh?". Sahabatnya membalas kembali pertanyaan si anak itu tadi, "Boleh sangat-ii (dalam muka tersenyum), aku turun dulu ye." Selesai perbualan dengan sahabatnya, si anak terus ke bilik mandi untuk membasuh muka beserta mandi.

          Pada pagi tu juga si anak merasakan tangan kirinya itu sakit tapi tidak diendahkannya, mungkin si anak merasakan sakit itu hanya sekejap sahaja. Setengah jam berlalu, Ara sampai ke bilik dengan nasi yang ditempahnya tadi. Ara makan terlebih dahulu daripadanya kerana si anak tiada selera lagi untuk makan. Si anak merasakan tangannya makin sakit. 'Ya Allah, kenapa dengan tangan aku nie? Kenapa sakitnya kini semakin kuat dan berdenyut-ii?', rintihnya dalam hati. Tanpa mempedulikan sahabatnya itu, si anak berlari ke bilik mandi kerana tidak tahan sakitnya. Kasihan si anak itu. Dia tidak mahu menyusahkan sahabatnya itu kerana sahabatnya sedang menjamu selera. Lalu, si anak kuatkan semangat untuk kembali ke bilik.

         Sahabatnya bertanya, "Kenapa tak makan lagi? Nanti tak sedap pulak kalau tak makan sekarang. Nasi, ayam dan sup tu panas lagi." Si anak hanya mampu tersenyum. Lalu dicapainya nasi itu dan dimakannya tanpa kata. Usai makan, si anak merehatkan dirinya sambil-ii melayan movie. Tangannya masih lagi terasa sakit tapi ditahannya semampu yang boleh. Si anak melihat tingkah laku sahabat kesayangannya itu. 'Bersiap-ii nak ke mana lar budak nie?', hati si anak berkata. Tiba-ii sahabatnya berkata, "Aku nak keluar nie, nak pegi library." Si anak terkebil-ii. 'Eh, dia boleh baca fikiran aku ke?', otaknya memanipulasikan kata-ii. Ara menepuk belakang si anak sambil berkata, "Kau nie kenapa?". Si anak terkejut tetapi hanya melemparkan senyuman pada sahabatnya itu seraya berkata, "Buat apa nak pegi library? Lama ke pegi tu?". "Ada group discussion, subjek etnik. Kejap je kut, sebelum magrib balik lar. Aku pegi dulu, kesian diorang tengah tunggu aku. Assalamualaikum." Si anak hanya senyum dan menjawab salam dalam hati.

          Si anak duduk sambil berfikir, "Apa yang dibuat ep? Hum.. Haa! Siapkan slide show BBM lar." Lantas, si anak membuka laptopnya lalu mencapai nota-ii yang telah disiapkan sahabatnya yang lain. Lalu si anak menaip setiap patah perkataan yang terkandung dalm nota tersebut.

          Pada petang itu, si anak hanya membuat kerja-kerjanya. Tidak seperti biasa yang dilaluinya pada semester lepas. Semester lepas si anak mempuyai kelas pada hari Jumaat tapi tidak lagi untuk semester kali ini. Terasa sepi dunianya sebentar selepas sahabatnya keluar untuk perbincangan kumpulan. Dalam bilik si anak menginap itu ada empat orang kesemuanya termasuklah si anak. Pada hari itu juga, si anak tidak bertegur sapa dengan dua orang sahabatnya lagi. Entah mengapa dirinya berasa malas untuk menegur dua orang sahabatnya itu. Dalam menyiapkan kerjanya itu, tiba-ii si anak mengaduh kesakitan, "Arghh! Sakit!". Tangan sia anak pantas mencapai minyak di atas mejanya lalu menyapu ke tangannya yang sakit daripada bahu sehinggalah ke jari-jemarinya. Alangkah sedihnya si anak mengaduh kesakitan seorang diri tanpa ibunya di sisi.

           Bila merasakan tanganya tidak sesakit tadi, si anak meneruskan kerjanya itu sehinggalah salah seorang sahabat memanggilnya, "Mya, nak pegi perjumpaan LAX tak?", tanya si Zie. "Hahh? LAX? Hari nie ke?", tanya si anak tanpa menjawab pertanyaan sahabatnya itu. "A'a, hari nie", slumber sahaja Zie menjawab. "Zie nak pegi ke? Kalau Zie pegi, Mya ikut je", si anak berkata. "Jom lah. Lagipun kehadiran di ambil kira tambahan pula nie first day for LAX meeting", Zie menjawab. "Ok, jom!".

              Setelah siap solat asar, mereka turun bersama untuk ke perjumpaan tersebut. Sesampainya mereka di fakulti tempat mereka belajar, si anak bertanya, "Bilik mana nie Zie?". Zie menjawab, "BS05 nie lah tapi kenapa kertas nie ditaip LAX group 10-20? Yang Acu bagi kat Zie, BS05-LAX group 20-30. Peliknya." "Jomlah kita cari", si anak menjawab. Lalu mereka pun mencari kumpulan mereka dengan melihat kertas yang ditampal di papan kenyataan. Setelah menjumpai bilik yang ada kumpulannya itu, mereka memasukinya. Agak memboringkan perjumpaan tersebut tetapi demi ilmu tetap kuatkan hati yang berkata 'so bored'.

        Usai perjumpaan itu, si anak berkata, "Nak beli air cool blog sebelum balik." Zie hanya menganggukkan kepala dengan senyuman. Si anak memesan air yang biasa dibelinya. Inilah salah satunya minuman kegemaran si anak, COOL BLOG (senyum). Selesai membelinya, mereka duduk sambil berbual. Mana kan tidak, satu hari dalam bilik buat hal masing-ii. Sekaranglah masa untuk berbual sambil-ii bergambar. Tiba-ii tangan si anak mulai sakit kembali. Apa yang dibuatnya saat itu hanya tahan dalam senyum dan bergurau dengan sahabatnya itu.

                Sesampainya di cafe, si anak dan sahabatnya memesan makanan untuk malam ini. Selesai membeli makanan, mereka naik ke bilik. Si anak duduk di katilnya sambil mengurut-ii tangannya yang sakit. Tidak ada orang tahu betapa sakitnya saat itu. Si anak hanya mampu memanggil nama ibunya dalam hatinya. Di saat itu jugalah, si anak terasa ingin pulang ke rumah dan bersama keluarganya yang tersayang tambahan pula ibu bapanya tidak berapa sihat, lagilah membuatkan si anak teringin untuk pulang. Dalam keadaan yang sakit itu, si anak mula mengeluh tanda berputus asa untuk menahan sakit itu. Tanpa disedarinya itu, Ara yang baru sahaja pulang dari perpustakaan bertanya, "Kau ok ke tidak nie? Kenapa baring kat lantai nie, katil kan ada." Dalam keadaan terkejut, si anak bangun nak menuju ke bilik mandi. Sahabatnya terkedu melihat tingkahnya yang pelik.

              Selesai menunaikan solat maghrib, si anak mengadu kepada sahabatnya. "Tangan aku lenguh-ii, dari tadi lagi. Aku nak buat keje pun tak senang macam nie. Nak angkat tangan lagi lah. Rasa macam lumpuh sebelah tangan nie". "Kau ada buat HPV injection kan?", sahabatnya berkata. "A'ah, ada. Kenapa?", kata si anak. "May be tu kesan daripada suntikan HPV", katanya. "Hum.. Seksa aku rasa. Nak angkat tangan pun susah. Apatah lagi aku nak pakai baju pun sakit." "Sabarlah. Esok atau lusa ok lah tu", kata sahabatnya. Si anak hanya menganggukkan kepalanya.

           Mereka mula menjamu selera untuk sebelah malam bersama-ii. Tiba-ii, si anak mencapai telefonnya dan menghantar mesej kepada ibunya di kampung. Setelah menghantar mesej tersebut, si anak mulai makan apa yang dibelinya petang tadi. Tidak sampai lima minit berikutnya, telefon si anak berdering tanda panggilan masuk. Itu panggilan daripada orang tuanya. Terus diangkatnya dengan penuh pengharapan.

            "Kenapa nak balik? Cuti berapa hari nak balik tu?", si ayah bertanya. Dengan sekelip mata, airmata si anak tumpah ke bumi apabila mendengar suara si ayah. Si anak hanya diam menahan sebak supaya tidak didengari ayahnya. Bertubi-ii si ayah bertanyakan soalan tetapi si anak hanya mampu mengeluarkan airmata tanpa kata. Dalam rintihannya, si anak memohon, 'Ya Allah, Engkau kuatkanlah hatiku ini untuk berbicara dengan ayahku.' Lalu si anak menjawab pertanyaan ayahnya dengan nada yang sayu tapi penuh dengan pengharapan untuk pulang tapi apa yang diharapkannya tidak dilunaskan. Sungguh sedih hatinya tatkala ayahnya memberi telefon kepada ibunya utuk bercakap dengannya.

          Si anak berlari keluar bilik apabila tangisannya semakin kuat. Dia tidak mahu sahabat-sahabatnya mengetahui yang dia sedang menangis. Si ibu memulakan perbualannya dengan si anak dengan pertanyaan yang sama dengan si ayah. Si anak hanya diam seperti tadi. Lidahnya kelu untuk berkata-ii tapi si anak kuatkan hati untuk berbicara dengan ibunya. "Orang nak balik. Orang tak nak duduk sini", kata si anak. Si ibu menjawab, "Kenapa dengan kakak nie? Tak sampai sebulan duduk sana dah nak balik? Apa yang kakak fikirkan nie? Mak abah sihat walafiat kat sini. Jangan fikir sangat pasal kami. Tumpukan pada pelajaran kakak, itu lebih penting. Selagi mak abah tak dimasukkan ke hospital, selagi tu lah kakak tak perlu risau. Percaya pada Allah, DIA Maha Mengetahui dan Maha Melihat. DIA akan jaga kami selagi kakak mendoakan kesihatan dan keselamatan kami di sini. Dah, jangan nangis".

          Si anak teresak-esak menangis mendengar percakapan ibunya. Si anak tidak mampu berkata apa-ii lagi walhal si anak teringin untuk bersuara tatkala ibunya berbicara di telefon. Sesungguhnya, hati si anak begitu tersentuh di saat ibunya berbicara. Hanya Allah yang tahu betapa sedih hatinya waktu itu. "Kakak, dah-ii. Jangan nangis lagi. Dah makan?", si ibu kembali bertanya. "Dah", si anak menjawab. "Kalau dah makan, lepas nie solat isyak dan tidur. Tak payah fikir apa-ii. Esok pagi bangun dengan semangat yang baru ye", si ibu berkata. "Em, ok", hanya itu yang mampu si anak menjawab kerana terlalu sebak di hati.

         Setelah selesai bercakap dengan ibunya, si anak pergi ke bilik mandi lalu membasuh mukanya dan mengambil air sembahyang. Selesai semuanya, si anak kembali ke bilik dengan hati yang sayu dan tubuh yang lemah. Sampai di bilik, si anak menunaikan solat isya' dan setelah itu dia membaringkan tubunhya di atas katilnya. Dalam mata terpejam, si anak masih lagi dibanyangi kata-ii ibunya sebentar tadi sehingga dia tidak sedar bahawa airmatanya kembali tumpah buat sekian kalinya. Si anak membiarkan airmatnya itu berlinangan sambil berkata dalam atmanya, "Ya Allah, sesungguhnya janganlah Engkau mempersulitkan urusan orang yang ku sayangi bahkan Engaku permudahahkanlah urusan mereka. Ya Allah, Engkau lindungilah kedua ibu bapaku serta keluargaku daripada perkara-ii yang tidak aku ingini. Sihatkanlah tubuh badan mereka. Jauhilah mereka daripada kesakitan". Begitu sayu hati si anak sehinggalah dia terlena dengan linangan airmatanya itu.


اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِى ذُنُوْبِى وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْ هُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرَا
-Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil-

*Sayangilah ibubapa kamu sepertimana mereka menyayanginyamu*

DEMI ALLAH YANG MENCIPTA ALAM SEMESTA INI,
AKU AMAT MENYAYANGI IBUBAPAKU MELEBIHI
NYAWAKU SENDIRI BAHKAN AKU SANGGUP BERKOBAN
APA SAHAJA BUAT MEREKA..

No comments:

Post a Comment