Buat yang tersayang,
Di sini aku sihat-sihat sahaja.
Janganlah terlalu khuatir akan diriku ini
kerana ada sahabat-sahabat yang menjagaku
dan sentiasa bersamaku.
Yang tersayang,
Aku di sini selalu merinduimu.
Aku di sini selalu menyanyangimu.
Dan aku di sini selalu mecintaimu.
Duhai sayangku,
Sungguh,
Diri ini tidak pernah terfikir
untuk menduakan dirimu.
Diri ini tidak pernah terfikir
untuk mencari sang pria yang lain.
Dan diri ini tidak pernah terfikir
untuk meninggalkan dirimu.
Tapi yang tersayang,
Mengapa di kau yang melupakan diriku ?
Mengapa di kau yang menjauhi diriku ?
Dan mengapa di kau yang meninggalkan diriku ?
Yang tersayang,
Apa salahku ini ?
Apa khilafku ini ?
Dan apa dosaku ini ?
Duhai sayang,
Begitu tegar dirimu membandingkan
diriku ini dengan si cantik yang lain.
Begitu tegar dirimu membandingkan
diriku ini dengan si pandai yang lain,
Dan begitu tegar dirimu membandingkan
diriku ini dengan si solehah yang lain.
Buat yang tersayang,
Aku adalah aku.
Aku adalah diriku.
Dan aku tetap aku.
Aku tidak boleh menjadi seperti orang lain
kerana inilah diriku.
Aku tidak boleh menjadi seperti orang lain
kerana inilah hidupku.
Dan aku tidak boleh menjadi seperti orang lain
kerana aku adalah aku.
Duhai yang ku sayangi,
Jika benar engkau ingin pergi meninggalkan diriku,
Maka,
Pergilah dirimu jauh daripada hatiku
Pergilah dirimu jauh daripada fikiranku.
Pergilah dirimu jauh daripada hidupku.
Dan pergilah dirimu jauh daripada duniaku.
Jangan lagi engkau hadirkan dirimu dalam kamus hidupku.
Dan jangan lagi engkau hadirkan dirimu dalam duniaku.
Kini,
Aku menyerah,
Aku pasrah,
Dan aku reda.
Hanya titisan airmata yang membasahi pipiku ini.






No comments:
Post a Comment