Monday, 19 May 2014

Kehidupan ini susah untuk di jangka.
Kadang-kadang kita di atas
dan kadang-kadang kita di bawah.
Walaupun ada turun naiknya,
kehidupan tetap harus diteruskan.

Kalau yang berjaya,
tidak semestinya selalu berjaya
dan tidak semestinya selalu di atas
jika tidak berusaha.

Bagi yang tidak berjaya atau selalu di bawah,
teruskan berusaha dengan semangat yang baru.
Jika tidak berusaha untuk mengubah kehidupan
yang sedia ada,
maka Allah juga tidak akan mengubahnya
kerana Allah berfirman
dalam surah Ar-Ra'd, ayat 11:

إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib
suatu kaum kecuali kaum itu sendiri
yang mengubah apa apa yang pada diri mereka”

Secara keseluruhannya,
berusaha dan berusaha dan berusahalah
sehingga dapat mencapai kejayaan dalam hidup
dan mengubah kehidupan yang sedia ada. :')

No comments:

Post a Comment