Assalamualaikum daripada insan yang lemah
dan selalu sahaja melakukan kekhilafan
buat SAHABAT-SAHABAT SEPERJUANGAN
dan KENALAN-KENALAN yang kenal dengan diri ini.
Diri ini ingin memohon maaf
seandainya diri ini ada melakukan kesalahan
sehingga diri ini tidak sedar menyakitimu.
Diri ini ingin memohon maaf
jika ada kata-kata daripada diri ini
membuatkanmu sakit hati
sehingga membenci diri ini.
Diri ini ingin memohon maaf
seandainya tiba-tiba sahaja diri ini
menjauhkan diri dari hidupmu.
Bukan sengaja menjauh tetapi ada sebabnya
sehingga diri ini terasa terbeban
dengan semua perkara yang terjadi.
Diri ini ingin memohon maaf
kerana diri ini tersangat lemah
dan mempunyai banyak kekurangan
sehingga membuatkan dirimu tertanya-tanya
mengapa diri ini bersikap sedemikian.
Duhai sahabat,
Sesungguhnya diri ini tidak pernah
sesekali membenci dirimu
bahkan diri ini tersangat menyayangimu
kerana dirimu tersangatlah istimewa
di sudut hatiku yang kecil ini.
Kehilanganmu membuatkan diri ini
semakin lemah dan tidak berdaya.
Kehilanganmu sungguh berat bagi
diri ini untuk menerimanya.
Dan kehilanganmu itu satu kekurangan
di dalam diri ini.
Sahabat,
Maafkan diri ini seandainya
banyak kesalahan
yang dilakukan oleh diri ini.
Maafkan diri ini seandainya
banyak kekurangan
dalam diri ini sehingga membuatkanmu malu
di hadapan sahabat-sahabatmu.
Dan maafkan diri ini seandainya
banyak kata-kata sentap
yang lahir daripada mulut diri ini.
Maaf dipinta daripada insan yang lemah
dan banyak melakukan kekhilafan
dalam sedar atau tidak sedar.






No comments:
Post a Comment