Tuesday, 16 September 2014

AKU

"Aku sedih bila orang tak appreciate apa yang aku buat."

"Aku terasa hati pabila orang yang aku tolong ketika susah
tak nak tolong aku bila aku perlukan bantuannya."

"Aku sakit dan aku dah tak tahan dengan keadaan ini."

"Aku tolong orang dengan ikhlas tapi kenapa orang
cuba memperguna-gunakan aku hanya kerana kelebihan
ada pada diriku ini?"

"Apakah aku ini mainan manusia yang sesuka hati dibuang
apabila tak diperlukan dan di jaga dengan dengan sebaik mungkin
ketika diperlukan?"

Luahan hati seseorang yang sering kali terdengar dan mendengar.

Sahabat artinya yang selalu bersama kita tidak kira
dalam keadaan susah mahupun senang.
Sahabat artinya yang selalu disisi kita
untuk memberi galakkan dan dorongan.
Sahabat artinya yang selalu menasihati kita supaya
mengingati Allah.

Tetapi..

Sahabat itu hanya di atas kertas hitam putih.
Sahabat itu hanya diucapan di bibir yang manis.
Sahabat itu hanya dikatakan sebagai kata-kata hikmah.

Bila dalam kesusahan, kesempitan dan permasalahan
barulah kita akan mengenali sifat dan tingkah laku masing-masing.
Dan situlah juga kita akan tahu siapa kawan dan siapa lawan.

Sahabat,
Seandainya dirimu tidak boleh membantu diriku ini
tidak mengapa.
Seandainya dirimu tidak boleh melakukan apa yang dipinta
tidak mengapa.
Seandainya dirimu tidak boleh memberi kegembiraan pada diriku
juga tidak mengapa.
Aku tidak menyimpan dendam terhadap dirimu
tetapi di atma kecilku ini merasa sedih kerana aku merasakan diriku ini
dipergunakan oleh dirimu sewaktu engkau memerlukan aku.

Apakah aku ini boneka mainan buat dirimu, sahabat?
Apakah aku ini sesuatu yang boleh dijual beli, sahabat?
Apakah aku ini bahan jajaan kamu ke sana ke sini, sahabat?
Apakah aku ini barang yang boleh digilir ganti, sahabat?
Apakah aku ini mainan kamu yang boleh dihancur-hancurkan, sahabat?

Sahabat,
Sungguh aku terasa dengan sikapmu itu.
Sungguh aku terasa dengan kelakuanmu itu.
Sungguh aku terasa dengan sifatmu yang angkuh itu.
Sungguh aku terasa dengan permainan hidupmu itu
Sungguh aku terasa dengan keegoaanmu itu.

Aku hanya meminta satu bantuan bukan beribu-ribu bantuan.
Aku tidak meminta lebih tetapi hanya satu.
Apakah susah untuk dirimu menolong diriku ini?

Sahabat,
Jika inilah yang engkau mahu tonjolkan pada diriku
akan sifat sebenar dirimu itu,
Aku menerimanya bahkan aku tidak akan cuba sesekali lagi
meminta pertolongan daripadamu.
Cukuplah sekali aku diperguna-gunakan olehmu
kerana kebodohan dan kedayusanku ini.

Benarlah kata orang,
Dalam sejuta itu hanya seorang sahaja yang benar-benar ikhlas
ingin bersahabatan dengan kita.
Berpada-padalah dalam persahabatan
sebelum diri kecewa dengan sifat aslinya.

Monday, 15 September 2014

TAK DI SANGKA

Tak di sangka-sangka budak
yang lemah dan tidak petah berbicara Bahasa Arab
kini seorang budak Sastera Bahasa Arab.

Tak di sangka-sangka juga budak
yang tidak tahu apa-apa sanggup merisikokan dirinya
dengan mengambil Sastera Bahasa Arab.

Terfikir sejenak..

Apakah ini keputusannya?
Apakah ini pilihan hatinya?
Apakah ini yang diidam-idamkannya?
Apakah ini takdirnya?
Dan apakah ini ikutannya
atau bisikan teman-temannya?

Terfikir kembali akan kata-kata Murabbinya..

“Antum dan antunna dipilih oleh Allah untuk mempelajari
dan memahami ilmu Bahasa Arab. Jangan menyalahkan takdir
bahkan bersyukurlah kerana dipilih Sang Pencipta untuk mendalami
bahasa Al-quran, bahasa para Anbiya’ dan bahasa syurga.”

Kata-kata Murabbinya menyentap lamunan si budak hingusan.

Jika ini takdir buatnya,
Jika ini ketentuan buatnya,
Maka si budak hingusan menerimanya dengan hati yang terbuka
bahkan reda dengan apa sahaja yang dipilih hatinya.

Ya..

Ini adalah pilihannya.
Ini adalah ikutan hatinya.
Dan ini adalah keputusannya
yang dibuat tanpa ada perasaan ragu-ragu.

Cukuplah hanya sekali keraguan menyelubungi hidup
si budak hingusan sehingga buntu untuk membuat pilihan.

Kini pilahannya adalah Kesusasteraan Bahasa Arab.

Jika hati telah tertambat akan sesuatu,
dengarilah kata hati.
Terkadang kata hati ini ada betulnya juga.
Ikutilah rasa hati.
Jangan diikuti bisikan yang meragu-ragukan hati.
Kelak diri sendiri yang rugi.

Wednesday, 3 September 2014

Awak

Awak,
Ingat lagi tak kenangan kita bersama?
Apa yang saya nak semua awak turuti.
Kata awak “semuanya demi awak, sayang
Tapi kenapa awak tinggalkan saya?

Awak,
Saya tak pernah lupa akan diri awak.
Saya selalu ingatkan awak.
Tapi kenapa awak pergi jauh tinggalkan saya?
Awak dah tak sayang saya ke?

Saya sayang awak
Tapi kenapa awak buat saya sedih?
Kenapa awak lukakan hati saya?
Apa salah saya?

Awak nak tau tak,
Saya tak pernah putus
untuk menyanyangi dan merindui awak
walaupun saya tahu awak dah tak ada dengan saya.
Saya rindu awak sangat-sangat.
Hanya kenangan abadi yang selalu menemani saya.

Awak cinta sejati saya.
Awak harapan hati saya.
Awak milik saya yang selalu saya rindu
Tapi itu semua sementara bila awak tinggalkan saya.

Awak,
Selama nie saya tak pernah ragu-ragu
dengan awak selama perkenalan kita.
Tapi awak buat saya ragu dan tak percayakan awak
bila awak cuba jauhkan diri daripada saya.

Awak,
Kalau tak kerana si dia
Saya tak akan tau cerita sebenar.
Kenapa awak?
Kenapa?????

Awak tau kan saya
terlalu rindukan gelak tawa awak.
Awak tau kan saya
tak boleh hidup tanpa awak.
Awak tau kan saya
lemah tanpa awak di sisi.
Dan awak tau
yang awak akan tinggalkan saya
tapi kenapa awak tak cakap dengan saya?
Siapa saya pada awak?
Awak,
Saya nak awak ada dengan saya
Saya nak awak..
Saya nak awak!!!

Saya sedar itu mustahil
bagi awak untuk ada dengan saya.
Awak jauh nun di sana.

Awak,
Saya tak pernah lupakan awak
walaupun awak tak ada dengan saya.
Saya tak pernah putus untuk mencintai awak
walaupun awak tak pernah jadi milik saya.
Dan saya tak pernah putus menyanyangi awak
walaupun awak jauh dengan saya.
Awak selalu di hati saya, sayang.

Awak,
Terima kasih untuk semuanya.
Terima kasih kerana merindui saya.
Terima kasih kerana mencintai saya.
Dan terima kasih kerana pernah menyanyangi saya.
Saya doakan awak ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Saya sayang awak.