Tuesday, 16 September 2014

AKU

"Aku sedih bila orang tak appreciate apa yang aku buat."

"Aku terasa hati pabila orang yang aku tolong ketika susah
tak nak tolong aku bila aku perlukan bantuannya."

"Aku sakit dan aku dah tak tahan dengan keadaan ini."

"Aku tolong orang dengan ikhlas tapi kenapa orang
cuba memperguna-gunakan aku hanya kerana kelebihan
ada pada diriku ini?"

"Apakah aku ini mainan manusia yang sesuka hati dibuang
apabila tak diperlukan dan di jaga dengan dengan sebaik mungkin
ketika diperlukan?"

Luahan hati seseorang yang sering kali terdengar dan mendengar.

Sahabat artinya yang selalu bersama kita tidak kira
dalam keadaan susah mahupun senang.
Sahabat artinya yang selalu disisi kita
untuk memberi galakkan dan dorongan.
Sahabat artinya yang selalu menasihati kita supaya
mengingati Allah.

Tetapi..

Sahabat itu hanya di atas kertas hitam putih.
Sahabat itu hanya diucapan di bibir yang manis.
Sahabat itu hanya dikatakan sebagai kata-kata hikmah.

Bila dalam kesusahan, kesempitan dan permasalahan
barulah kita akan mengenali sifat dan tingkah laku masing-masing.
Dan situlah juga kita akan tahu siapa kawan dan siapa lawan.

Sahabat,
Seandainya dirimu tidak boleh membantu diriku ini
tidak mengapa.
Seandainya dirimu tidak boleh melakukan apa yang dipinta
tidak mengapa.
Seandainya dirimu tidak boleh memberi kegembiraan pada diriku
juga tidak mengapa.
Aku tidak menyimpan dendam terhadap dirimu
tetapi di atma kecilku ini merasa sedih kerana aku merasakan diriku ini
dipergunakan oleh dirimu sewaktu engkau memerlukan aku.

Apakah aku ini boneka mainan buat dirimu, sahabat?
Apakah aku ini sesuatu yang boleh dijual beli, sahabat?
Apakah aku ini bahan jajaan kamu ke sana ke sini, sahabat?
Apakah aku ini barang yang boleh digilir ganti, sahabat?
Apakah aku ini mainan kamu yang boleh dihancur-hancurkan, sahabat?

Sahabat,
Sungguh aku terasa dengan sikapmu itu.
Sungguh aku terasa dengan kelakuanmu itu.
Sungguh aku terasa dengan sifatmu yang angkuh itu.
Sungguh aku terasa dengan permainan hidupmu itu
Sungguh aku terasa dengan keegoaanmu itu.

Aku hanya meminta satu bantuan bukan beribu-ribu bantuan.
Aku tidak meminta lebih tetapi hanya satu.
Apakah susah untuk dirimu menolong diriku ini?

Sahabat,
Jika inilah yang engkau mahu tonjolkan pada diriku
akan sifat sebenar dirimu itu,
Aku menerimanya bahkan aku tidak akan cuba sesekali lagi
meminta pertolongan daripadamu.
Cukuplah sekali aku diperguna-gunakan olehmu
kerana kebodohan dan kedayusanku ini.

Benarlah kata orang,
Dalam sejuta itu hanya seorang sahaja yang benar-benar ikhlas
ingin bersahabatan dengan kita.
Berpada-padalah dalam persahabatan
sebelum diri kecewa dengan sifat aslinya.

No comments:

Post a Comment