Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Tuesday, 16 September 2014

AKU

"Aku sedih bila orang tak appreciate apa yang aku buat."

"Aku terasa hati pabila orang yang aku tolong ketika susah
tak nak tolong aku bila aku perlukan bantuannya."

"Aku sakit dan aku dah tak tahan dengan keadaan ini."

"Aku tolong orang dengan ikhlas tapi kenapa orang
cuba memperguna-gunakan aku hanya kerana kelebihan
ada pada diriku ini?"

"Apakah aku ini mainan manusia yang sesuka hati dibuang
apabila tak diperlukan dan di jaga dengan dengan sebaik mungkin
ketika diperlukan?"

Luahan hati seseorang yang sering kali terdengar dan mendengar.

Sahabat artinya yang selalu bersama kita tidak kira
dalam keadaan susah mahupun senang.
Sahabat artinya yang selalu disisi kita
untuk memberi galakkan dan dorongan.
Sahabat artinya yang selalu menasihati kita supaya
mengingati Allah.

Tetapi..

Sahabat itu hanya di atas kertas hitam putih.
Sahabat itu hanya diucapan di bibir yang manis.
Sahabat itu hanya dikatakan sebagai kata-kata hikmah.

Bila dalam kesusahan, kesempitan dan permasalahan
barulah kita akan mengenali sifat dan tingkah laku masing-masing.
Dan situlah juga kita akan tahu siapa kawan dan siapa lawan.

Sahabat,
Seandainya dirimu tidak boleh membantu diriku ini
tidak mengapa.
Seandainya dirimu tidak boleh melakukan apa yang dipinta
tidak mengapa.
Seandainya dirimu tidak boleh memberi kegembiraan pada diriku
juga tidak mengapa.
Aku tidak menyimpan dendam terhadap dirimu
tetapi di atma kecilku ini merasa sedih kerana aku merasakan diriku ini
dipergunakan oleh dirimu sewaktu engkau memerlukan aku.

Apakah aku ini boneka mainan buat dirimu, sahabat?
Apakah aku ini sesuatu yang boleh dijual beli, sahabat?
Apakah aku ini bahan jajaan kamu ke sana ke sini, sahabat?
Apakah aku ini barang yang boleh digilir ganti, sahabat?
Apakah aku ini mainan kamu yang boleh dihancur-hancurkan, sahabat?

Sahabat,
Sungguh aku terasa dengan sikapmu itu.
Sungguh aku terasa dengan kelakuanmu itu.
Sungguh aku terasa dengan sifatmu yang angkuh itu.
Sungguh aku terasa dengan permainan hidupmu itu
Sungguh aku terasa dengan keegoaanmu itu.

Aku hanya meminta satu bantuan bukan beribu-ribu bantuan.
Aku tidak meminta lebih tetapi hanya satu.
Apakah susah untuk dirimu menolong diriku ini?

Sahabat,
Jika inilah yang engkau mahu tonjolkan pada diriku
akan sifat sebenar dirimu itu,
Aku menerimanya bahkan aku tidak akan cuba sesekali lagi
meminta pertolongan daripadamu.
Cukuplah sekali aku diperguna-gunakan olehmu
kerana kebodohan dan kedayusanku ini.

Benarlah kata orang,
Dalam sejuta itu hanya seorang sahaja yang benar-benar ikhlas
ingin bersahabatan dengan kita.
Berpada-padalah dalam persahabatan
sebelum diri kecewa dengan sifat aslinya.

Monday, 15 September 2014

TAK DI SANGKA

Tak di sangka-sangka budak
yang lemah dan tidak petah berbicara Bahasa Arab
kini seorang budak Sastera Bahasa Arab.

Tak di sangka-sangka juga budak
yang tidak tahu apa-apa sanggup merisikokan dirinya
dengan mengambil Sastera Bahasa Arab.

Terfikir sejenak..

Apakah ini keputusannya?
Apakah ini pilihan hatinya?
Apakah ini yang diidam-idamkannya?
Apakah ini takdirnya?
Dan apakah ini ikutannya
atau bisikan teman-temannya?

Terfikir kembali akan kata-kata Murabbinya..

“Antum dan antunna dipilih oleh Allah untuk mempelajari
dan memahami ilmu Bahasa Arab. Jangan menyalahkan takdir
bahkan bersyukurlah kerana dipilih Sang Pencipta untuk mendalami
bahasa Al-quran, bahasa para Anbiya’ dan bahasa syurga.”

Kata-kata Murabbinya menyentap lamunan si budak hingusan.

Jika ini takdir buatnya,
Jika ini ketentuan buatnya,
Maka si budak hingusan menerimanya dengan hati yang terbuka
bahkan reda dengan apa sahaja yang dipilih hatinya.

Ya..

Ini adalah pilihannya.
Ini adalah ikutan hatinya.
Dan ini adalah keputusannya
yang dibuat tanpa ada perasaan ragu-ragu.

Cukuplah hanya sekali keraguan menyelubungi hidup
si budak hingusan sehingga buntu untuk membuat pilihan.

Kini pilahannya adalah Kesusasteraan Bahasa Arab.

Jika hati telah tertambat akan sesuatu,
dengarilah kata hati.
Terkadang kata hati ini ada betulnya juga.
Ikutilah rasa hati.
Jangan diikuti bisikan yang meragu-ragukan hati.
Kelak diri sendiri yang rugi.

Wednesday, 3 September 2014

Awak

Awak,
Ingat lagi tak kenangan kita bersama?
Apa yang saya nak semua awak turuti.
Kata awak “semuanya demi awak, sayang
Tapi kenapa awak tinggalkan saya?

Awak,
Saya tak pernah lupa akan diri awak.
Saya selalu ingatkan awak.
Tapi kenapa awak pergi jauh tinggalkan saya?
Awak dah tak sayang saya ke?

Saya sayang awak
Tapi kenapa awak buat saya sedih?
Kenapa awak lukakan hati saya?
Apa salah saya?

Awak nak tau tak,
Saya tak pernah putus
untuk menyanyangi dan merindui awak
walaupun saya tahu awak dah tak ada dengan saya.
Saya rindu awak sangat-sangat.
Hanya kenangan abadi yang selalu menemani saya.

Awak cinta sejati saya.
Awak harapan hati saya.
Awak milik saya yang selalu saya rindu
Tapi itu semua sementara bila awak tinggalkan saya.

Awak,
Selama nie saya tak pernah ragu-ragu
dengan awak selama perkenalan kita.
Tapi awak buat saya ragu dan tak percayakan awak
bila awak cuba jauhkan diri daripada saya.

Awak,
Kalau tak kerana si dia
Saya tak akan tau cerita sebenar.
Kenapa awak?
Kenapa?????

Awak tau kan saya
terlalu rindukan gelak tawa awak.
Awak tau kan saya
tak boleh hidup tanpa awak.
Awak tau kan saya
lemah tanpa awak di sisi.
Dan awak tau
yang awak akan tinggalkan saya
tapi kenapa awak tak cakap dengan saya?
Siapa saya pada awak?
Awak,
Saya nak awak ada dengan saya
Saya nak awak..
Saya nak awak!!!

Saya sedar itu mustahil
bagi awak untuk ada dengan saya.
Awak jauh nun di sana.

Awak,
Saya tak pernah lupakan awak
walaupun awak tak ada dengan saya.
Saya tak pernah putus untuk mencintai awak
walaupun awak tak pernah jadi milik saya.
Dan saya tak pernah putus menyanyangi awak
walaupun awak jauh dengan saya.
Awak selalu di hati saya, sayang.

Awak,
Terima kasih untuk semuanya.
Terima kasih kerana merindui saya.
Terima kasih kerana mencintai saya.
Dan terima kasih kerana pernah menyanyangi saya.
Saya doakan awak ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Saya sayang awak.

Tuesday, 20 May 2014

Maaf Dari Ku

Assalamualaikum daripada insan yang lemah
dan selalu sahaja melakukan kekhilafan
buat SAHABAT-SAHABAT SEPERJUANGAN
dan KENALAN-KENALAN yang kenal dengan diri ini.

Diri ini ingin memohon maaf
seandainya diri ini ada melakukan kesalahan
sehingga diri ini tidak sedar menyakitimu.

Diri ini ingin memohon maaf
jika ada kata-kata daripada diri ini
membuatkanmu sakit hati
sehingga membenci diri ini.

Diri ini ingin memohon maaf
seandainya tiba-tiba sahaja diri ini
menjauhkan diri dari hidupmu.
Bukan sengaja menjauh tetapi ada sebabnya
sehingga diri ini terasa terbeban
dengan semua perkara yang terjadi.

Diri ini ingin memohon maaf
kerana diri ini tersangat lemah
dan mempunyai banyak kekurangan
sehingga membuatkan dirimu tertanya-tanya
mengapa diri ini bersikap sedemikian.

Duhai sahabat,
Sesungguhnya diri ini tidak pernah
sesekali membenci dirimu
bahkan diri ini tersangat menyayangimu
kerana dirimu tersangatlah istimewa
di sudut hatiku yang kecil ini.

Kehilanganmu membuatkan diri ini
semakin lemah dan tidak berdaya.
Kehilanganmu sungguh berat bagi
diri ini untuk menerimanya.
Dan kehilanganmu itu satu kekurangan
di dalam diri ini.

Sahabat,
Maafkan diri ini seandainya
banyak kesalahan
yang dilakukan oleh diri ini.
Maafkan diri ini seandainya
banyak kekurangan
dalam diri ini sehingga membuatkanmu malu
di hadapan sahabat-sahabatmu.
Dan maafkan diri ini seandainya
banyak kata-kata sentap
yang lahir daripada mulut diri ini.

Maaf dipinta daripada insan yang lemah
dan banyak melakukan kekhilafan
dalam sedar atau tidak sedar.

Monday, 19 May 2014

Kehidupan ini susah untuk di jangka.
Kadang-kadang kita di atas
dan kadang-kadang kita di bawah.
Walaupun ada turun naiknya,
kehidupan tetap harus diteruskan.

Kalau yang berjaya,
tidak semestinya selalu berjaya
dan tidak semestinya selalu di atas
jika tidak berusaha.

Bagi yang tidak berjaya atau selalu di bawah,
teruskan berusaha dengan semangat yang baru.
Jika tidak berusaha untuk mengubah kehidupan
yang sedia ada,
maka Allah juga tidak akan mengubahnya
kerana Allah berfirman
dalam surah Ar-Ra'd, ayat 11:

إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib
suatu kaum kecuali kaum itu sendiri
yang mengubah apa apa yang pada diri mereka”

Secara keseluruhannya,
berusaha dan berusaha dan berusahalah
sehingga dapat mencapai kejayaan dalam hidup
dan mengubah kehidupan yang sedia ada. :')

Sunday, 4 May 2014

Rahsia Cinta

Cahaya di matamu
membuat aku terpaku.
Membiarkan duka berlalu
kerana engkau yang ku mahu
dan yang ku tunggu-tunggu.

Bertahunku menyintaimu.
Masih belum dapatku rasakan
bahagia untuk kita berdua.
Mungkinkah kini kau
sudah ada yang punya.

Ku menahan rindu dihatiku.
Ku tak mampu meluahkan cintaku.
Hanya kerana aku takut
untuk kehilangan dirimu.

Ku biarkan diri ini merana
semata ingin engkau bahagia.
Tak mengapa andainya ku mengalah.
Inilah rahsia cinta..

Pilunya rasa hati
bila engkau tiada disisi.
Namun kau tahu ku masih menanti.

Datang kembali kepadaku.
Ku akan menjagamu.
Ku merindukan dirimu.
Ku merindu senyum dan tawamu.

Dimanakah semua berlalu.
Usah biarkan diriku menangis pilu.
Ku menahan rindu di hatiku.

Dimanakah janji-janji dulu.
Tak bisakah kau mengerti hatiku.
Yang hanya memendam rahsia.
Rahsia cinta.

Friday, 2 May 2014

Anak-anak muda,

Jangan jadikan alasan
untuk tidak menghadiri kuliah agama.
Jangan jadikan alasan
untuk tidak menyertai program keagamaan.
Dan jangan jadikan alasan
untuk tidak memasuki apa-apa majlis ilmu.

Anak-anak muda,

Sungguh rugi dirimu jika tidak menyertai
majlis ilmu
kerana di situlah kamu akan menambah
ilmu pengetahuanmu.

Sedarlah anak-anak muda,

Sesungguhnya Allah amat mencintai
akan orang yang mencintai ilmu.

Wednesday, 23 April 2014

TERSAYANG

Buat yang tersayang,

Di sini aku sihat-sihat sahaja.
Janganlah terlalu khuatir akan diriku ini
kerana ada sahabat-sahabat yang menjagaku
dan sentiasa bersamaku.

Yang tersayang,

Aku di sini selalu merinduimu.
Aku di sini selalu menyanyangimu.
Dan aku di sini selalu mecintaimu.

Duhai sayangku,

Sungguh,
Diri ini tidak pernah terfikir
untuk menduakan dirimu.
Diri ini tidak pernah terfikir
untuk mencari sang pria yang lain.
Dan diri ini tidak pernah terfikir
untuk meninggalkan dirimu.

Tapi yang tersayang,

Mengapa di kau yang melupakan diriku ?
Mengapa di kau yang menjauhi diriku ?
Dan mengapa di kau yang meninggalkan diriku ?

Yang tersayang,

Apa salahku ini ?
Apa khilafku ini ?
Dan apa dosaku ini ?

Duhai sayang,

Begitu tegar dirimu membandingkan
diriku ini dengan si cantik yang lain.
Begitu tegar dirimu membandingkan
diriku ini dengan si pandai yang lain,
Dan begitu tegar dirimu membandingkan
diriku ini dengan si solehah yang lain.

Buat yang tersayang,

Aku adalah aku.
Aku adalah diriku.
Dan aku tetap aku.

Aku tidak boleh menjadi seperti orang lain
kerana inilah diriku.
Aku tidak boleh menjadi seperti orang lain
kerana inilah hidupku.
Dan aku tidak boleh menjadi seperti orang lain
kerana aku adalah aku.

Duhai yang ku sayangi,

Jika benar engkau ingin pergi meninggalkan diriku,

Maka,

Pergilah dirimu jauh daripada hatiku
Pergilah dirimu jauh daripada fikiranku.
Pergilah dirimu jauh daripada hidupku.
Dan pergilah dirimu jauh daripada duniaku.

Jangan lagi engkau hadirkan dirimu dalam kamus hidupku.
Dan jangan lagi engkau hadirkan dirimu dalam duniaku.

Kini,

Aku menyerah,
Aku pasrah,
Dan aku reda.

Hanya titisan airmata yang membasahi pipiku ini.

Tuesday, 11 March 2014

Pray For MH370

Kapten Zaharie,
Saya mungkin tidak kenal tuan
tetapi saya tahu,
tuan sudah lakukan yang terbaik.

Saya tidak tahu memandu pesawat
tetapi saya tetap tahu,
tuan akan lakukan yang terbaik.

Saya sedih dengan hilangnya MH370
tetapi saya tahu keluarga tuan
lebih sedih daripada saya.

Kami sedih kehilangan MH370
tetapi saya tahu tuan,
jiwa tuan lebih cedera daripada kami.

MH370,
selagi mereka belum temui rangka kamu,
kami di seluruh dunia berharap kamu akan
kembali dengan selamat.

Kalau ada orang jahat larikan kamu,
kami merayu,
kembalikan MH370 ke KLIA
atau terbangkannya  ke Beijing
kerana seluruh dunia menantikan
khabar kamu.

Kita mungkin tidak pernah bertemu
wahai MH370,
tetapi hari ini semua orang mencari-cari kamu,
hari ini semua orang menanti kamu,
hari ini dunia risaukan kamu,
dan hari ini semua orang menyebut-nyebut namamu.

Muncullah MH370.
Ada jiwa menanti ayahnya,
ada jiwa menanti ibunya,
ada jiwa menanti anaknya,
ada jiwa menanti suaminya,
ada jiwa menanti isterinya,
ada jiwa menanti abangnya,
ada jiwa menanti kakaknya,
ada jiwa menanti adiknya.

Jiwa kami dan jiwa mereka tidak sama.
Kami sedih
tetapi tidak akan ada yang lebih
sedih daripada mereka.

Mereka dan kami mungkin
bukan sebangsa dan seagama
tetapi darah kami sama
merah pekat warnanya.
Kasih sayang kami adalah sama.

ALLAHU AKBAR,
dengan cinta dan rahmatMu,
temukan MH370.
Kami sudah sedia,
Kami sudah redha,
Kami tahu Engkau ada
dan Engkau menentukan segalanya.

Manusia aneh-aneh jiwanya,
kalau kamu tidak ada yang baik
untuk kamu berkata-kata,
sudilah sekiranya
kamu berdiam diri sahaja.

Manusia aneh-aneh jiwanya,
kalau kamu tidak ada yang baik
untuk kamu berkata-kata,
sudilah sekiranya
tadahkan tanganmu untuk berdoa.

Manusia aneh-aneh jiwanya,
kalau kamu tidak ada yang baik
untuk kamu berkata-kata,
sudilah sekiranya
kamu tutup mata dan telinga.

Manusia aneh-aneh jiwanya,
Walau siapa pun mereka,
apapun bangsa mereka,
darah yang mengalir itu
adalah sama dengan darah kita semua.

Doakanlah agar MH370
ditemui disebalik pencarian misteri ini
agar jiwa-jiwa yang sedang gundah-gulana
dapat ditenteramkan dengan berita
penemuannya (MH370).

Saturday, 8 March 2014

Luahan Hati Seorang Anak

          Di pagi yang hening,, bangunnya seorang anak daripada tidurnya. Sungguh lena tidurnya pada malam hari kerana terlalu letih (mungkin). Belum sempat si anak menyiapkan dirinya yang baru bangun, lantas sahabatnya, Ara bertanya, "Kau nak makan apa? Aku nak turun cafe nie, lapar lar." Si anak hanya tersenyum. Lalu dia berkata, "Aku terasa nak makan nasi ayam penyek lar, boleh?". Sahabatnya membalas kembali pertanyaan si anak itu tadi, "Boleh sangat-ii (dalam muka tersenyum), aku turun dulu ye." Selesai perbualan dengan sahabatnya, si anak terus ke bilik mandi untuk membasuh muka beserta mandi.

          Pada pagi tu juga si anak merasakan tangan kirinya itu sakit tapi tidak diendahkannya, mungkin si anak merasakan sakit itu hanya sekejap sahaja. Setengah jam berlalu, Ara sampai ke bilik dengan nasi yang ditempahnya tadi. Ara makan terlebih dahulu daripadanya kerana si anak tiada selera lagi untuk makan. Si anak merasakan tangannya makin sakit. 'Ya Allah, kenapa dengan tangan aku nie? Kenapa sakitnya kini semakin kuat dan berdenyut-ii?', rintihnya dalam hati. Tanpa mempedulikan sahabatnya itu, si anak berlari ke bilik mandi kerana tidak tahan sakitnya. Kasihan si anak itu. Dia tidak mahu menyusahkan sahabatnya itu kerana sahabatnya sedang menjamu selera. Lalu, si anak kuatkan semangat untuk kembali ke bilik.

         Sahabatnya bertanya, "Kenapa tak makan lagi? Nanti tak sedap pulak kalau tak makan sekarang. Nasi, ayam dan sup tu panas lagi." Si anak hanya mampu tersenyum. Lalu dicapainya nasi itu dan dimakannya tanpa kata. Usai makan, si anak merehatkan dirinya sambil-ii melayan movie. Tangannya masih lagi terasa sakit tapi ditahannya semampu yang boleh. Si anak melihat tingkah laku sahabat kesayangannya itu. 'Bersiap-ii nak ke mana lar budak nie?', hati si anak berkata. Tiba-ii sahabatnya berkata, "Aku nak keluar nie, nak pegi library." Si anak terkebil-ii. 'Eh, dia boleh baca fikiran aku ke?', otaknya memanipulasikan kata-ii. Ara menepuk belakang si anak sambil berkata, "Kau nie kenapa?". Si anak terkejut tetapi hanya melemparkan senyuman pada sahabatnya itu seraya berkata, "Buat apa nak pegi library? Lama ke pegi tu?". "Ada group discussion, subjek etnik. Kejap je kut, sebelum magrib balik lar. Aku pegi dulu, kesian diorang tengah tunggu aku. Assalamualaikum." Si anak hanya senyum dan menjawab salam dalam hati.

          Si anak duduk sambil berfikir, "Apa yang dibuat ep? Hum.. Haa! Siapkan slide show BBM lar." Lantas, si anak membuka laptopnya lalu mencapai nota-ii yang telah disiapkan sahabatnya yang lain. Lalu si anak menaip setiap patah perkataan yang terkandung dalm nota tersebut.

          Pada petang itu, si anak hanya membuat kerja-kerjanya. Tidak seperti biasa yang dilaluinya pada semester lepas. Semester lepas si anak mempuyai kelas pada hari Jumaat tapi tidak lagi untuk semester kali ini. Terasa sepi dunianya sebentar selepas sahabatnya keluar untuk perbincangan kumpulan. Dalam bilik si anak menginap itu ada empat orang kesemuanya termasuklah si anak. Pada hari itu juga, si anak tidak bertegur sapa dengan dua orang sahabatnya lagi. Entah mengapa dirinya berasa malas untuk menegur dua orang sahabatnya itu. Dalam menyiapkan kerjanya itu, tiba-ii si anak mengaduh kesakitan, "Arghh! Sakit!". Tangan sia anak pantas mencapai minyak di atas mejanya lalu menyapu ke tangannya yang sakit daripada bahu sehinggalah ke jari-jemarinya. Alangkah sedihnya si anak mengaduh kesakitan seorang diri tanpa ibunya di sisi.

           Bila merasakan tanganya tidak sesakit tadi, si anak meneruskan kerjanya itu sehinggalah salah seorang sahabat memanggilnya, "Mya, nak pegi perjumpaan LAX tak?", tanya si Zie. "Hahh? LAX? Hari nie ke?", tanya si anak tanpa menjawab pertanyaan sahabatnya itu. "A'a, hari nie", slumber sahaja Zie menjawab. "Zie nak pegi ke? Kalau Zie pegi, Mya ikut je", si anak berkata. "Jom lah. Lagipun kehadiran di ambil kira tambahan pula nie first day for LAX meeting", Zie menjawab. "Ok, jom!".

              Setelah siap solat asar, mereka turun bersama untuk ke perjumpaan tersebut. Sesampainya mereka di fakulti tempat mereka belajar, si anak bertanya, "Bilik mana nie Zie?". Zie menjawab, "BS05 nie lah tapi kenapa kertas nie ditaip LAX group 10-20? Yang Acu bagi kat Zie, BS05-LAX group 20-30. Peliknya." "Jomlah kita cari", si anak menjawab. Lalu mereka pun mencari kumpulan mereka dengan melihat kertas yang ditampal di papan kenyataan. Setelah menjumpai bilik yang ada kumpulannya itu, mereka memasukinya. Agak memboringkan perjumpaan tersebut tetapi demi ilmu tetap kuatkan hati yang berkata 'so bored'.

        Usai perjumpaan itu, si anak berkata, "Nak beli air cool blog sebelum balik." Zie hanya menganggukkan kepala dengan senyuman. Si anak memesan air yang biasa dibelinya. Inilah salah satunya minuman kegemaran si anak, COOL BLOG (senyum). Selesai membelinya, mereka duduk sambil berbual. Mana kan tidak, satu hari dalam bilik buat hal masing-ii. Sekaranglah masa untuk berbual sambil-ii bergambar. Tiba-ii tangan si anak mulai sakit kembali. Apa yang dibuatnya saat itu hanya tahan dalam senyum dan bergurau dengan sahabatnya itu.

                Sesampainya di cafe, si anak dan sahabatnya memesan makanan untuk malam ini. Selesai membeli makanan, mereka naik ke bilik. Si anak duduk di katilnya sambil mengurut-ii tangannya yang sakit. Tidak ada orang tahu betapa sakitnya saat itu. Si anak hanya mampu memanggil nama ibunya dalam hatinya. Di saat itu jugalah, si anak terasa ingin pulang ke rumah dan bersama keluarganya yang tersayang tambahan pula ibu bapanya tidak berapa sihat, lagilah membuatkan si anak teringin untuk pulang. Dalam keadaan yang sakit itu, si anak mula mengeluh tanda berputus asa untuk menahan sakit itu. Tanpa disedarinya itu, Ara yang baru sahaja pulang dari perpustakaan bertanya, "Kau ok ke tidak nie? Kenapa baring kat lantai nie, katil kan ada." Dalam keadaan terkejut, si anak bangun nak menuju ke bilik mandi. Sahabatnya terkedu melihat tingkahnya yang pelik.

              Selesai menunaikan solat maghrib, si anak mengadu kepada sahabatnya. "Tangan aku lenguh-ii, dari tadi lagi. Aku nak buat keje pun tak senang macam nie. Nak angkat tangan lagi lah. Rasa macam lumpuh sebelah tangan nie". "Kau ada buat HPV injection kan?", sahabatnya berkata. "A'ah, ada. Kenapa?", kata si anak. "May be tu kesan daripada suntikan HPV", katanya. "Hum.. Seksa aku rasa. Nak angkat tangan pun susah. Apatah lagi aku nak pakai baju pun sakit." "Sabarlah. Esok atau lusa ok lah tu", kata sahabatnya. Si anak hanya menganggukkan kepalanya.

           Mereka mula menjamu selera untuk sebelah malam bersama-ii. Tiba-ii, si anak mencapai telefonnya dan menghantar mesej kepada ibunya di kampung. Setelah menghantar mesej tersebut, si anak mulai makan apa yang dibelinya petang tadi. Tidak sampai lima minit berikutnya, telefon si anak berdering tanda panggilan masuk. Itu panggilan daripada orang tuanya. Terus diangkatnya dengan penuh pengharapan.

            "Kenapa nak balik? Cuti berapa hari nak balik tu?", si ayah bertanya. Dengan sekelip mata, airmata si anak tumpah ke bumi apabila mendengar suara si ayah. Si anak hanya diam menahan sebak supaya tidak didengari ayahnya. Bertubi-ii si ayah bertanyakan soalan tetapi si anak hanya mampu mengeluarkan airmata tanpa kata. Dalam rintihannya, si anak memohon, 'Ya Allah, Engkau kuatkanlah hatiku ini untuk berbicara dengan ayahku.' Lalu si anak menjawab pertanyaan ayahnya dengan nada yang sayu tapi penuh dengan pengharapan untuk pulang tapi apa yang diharapkannya tidak dilunaskan. Sungguh sedih hatinya tatkala ayahnya memberi telefon kepada ibunya utuk bercakap dengannya.

          Si anak berlari keluar bilik apabila tangisannya semakin kuat. Dia tidak mahu sahabat-sahabatnya mengetahui yang dia sedang menangis. Si ibu memulakan perbualannya dengan si anak dengan pertanyaan yang sama dengan si ayah. Si anak hanya diam seperti tadi. Lidahnya kelu untuk berkata-ii tapi si anak kuatkan hati untuk berbicara dengan ibunya. "Orang nak balik. Orang tak nak duduk sini", kata si anak. Si ibu menjawab, "Kenapa dengan kakak nie? Tak sampai sebulan duduk sana dah nak balik? Apa yang kakak fikirkan nie? Mak abah sihat walafiat kat sini. Jangan fikir sangat pasal kami. Tumpukan pada pelajaran kakak, itu lebih penting. Selagi mak abah tak dimasukkan ke hospital, selagi tu lah kakak tak perlu risau. Percaya pada Allah, DIA Maha Mengetahui dan Maha Melihat. DIA akan jaga kami selagi kakak mendoakan kesihatan dan keselamatan kami di sini. Dah, jangan nangis".

          Si anak teresak-esak menangis mendengar percakapan ibunya. Si anak tidak mampu berkata apa-ii lagi walhal si anak teringin untuk bersuara tatkala ibunya berbicara di telefon. Sesungguhnya, hati si anak begitu tersentuh di saat ibunya berbicara. Hanya Allah yang tahu betapa sedih hatinya waktu itu. "Kakak, dah-ii. Jangan nangis lagi. Dah makan?", si ibu kembali bertanya. "Dah", si anak menjawab. "Kalau dah makan, lepas nie solat isyak dan tidur. Tak payah fikir apa-ii. Esok pagi bangun dengan semangat yang baru ye", si ibu berkata. "Em, ok", hanya itu yang mampu si anak menjawab kerana terlalu sebak di hati.

         Setelah selesai bercakap dengan ibunya, si anak pergi ke bilik mandi lalu membasuh mukanya dan mengambil air sembahyang. Selesai semuanya, si anak kembali ke bilik dengan hati yang sayu dan tubuh yang lemah. Sampai di bilik, si anak menunaikan solat isya' dan setelah itu dia membaringkan tubunhya di atas katilnya. Dalam mata terpejam, si anak masih lagi dibanyangi kata-ii ibunya sebentar tadi sehingga dia tidak sedar bahawa airmatanya kembali tumpah buat sekian kalinya. Si anak membiarkan airmatnya itu berlinangan sambil berkata dalam atmanya, "Ya Allah, sesungguhnya janganlah Engkau mempersulitkan urusan orang yang ku sayangi bahkan Engaku permudahahkanlah urusan mereka. Ya Allah, Engkau lindungilah kedua ibu bapaku serta keluargaku daripada perkara-ii yang tidak aku ingini. Sihatkanlah tubuh badan mereka. Jauhilah mereka daripada kesakitan". Begitu sayu hati si anak sehinggalah dia terlena dengan linangan airmatanya itu.


اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِى ذُنُوْبِى وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْ هُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرَا
-Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil-

*Sayangilah ibubapa kamu sepertimana mereka menyayanginyamu*

DEMI ALLAH YANG MENCIPTA ALAM SEMESTA INI,
AKU AMAT MENYAYANGI IBUBAPAKU MELEBIHI
NYAWAKU SENDIRI BAHKAN AKU SANGGUP BERKOBAN
APA SAHAJA BUAT MEREKA..

Monday, 3 March 2014

Apa itu ..?

Sahabat ? Kawan ? Rakan ?
Hum~ semua tu berbeza maksud kan 
walaupun semua tu adalah satu perkataan
tetapi lain nilaiannya..

SAHABAT

Sahabat adalah seorang yang setiakawan,
boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan,
meredakan kesedihan ,menghilangkan kebimbangan
dan sanggup berjuang demi kebaikan kita.

Sahabat ialah orang yang mampu
menyimpan rahsia dan keaiban kita.
Mereka akan sentiasa melindungi kita.
Bahkan sahabat itu kadang kala adalah penjaga, pelindung
dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama kita.

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya,
ia tidak menzaliminya, merendahkannya,
menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.”
(Hadis riwayat Muslim)

KAWAN

Kawan ialah seorang yang boleh berkongsi
lebih dari satu perkara
seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan
dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama.

Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi
dengan kita dan mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya.
Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan
tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu.
Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.

Kawan tu bukan macam main FUTSAL.
Mula-ii kejar, dah dapat sepak..
Kawan tu bukan macam main SKATE.
Mula-ii gosok, lepas tu pijak.
Kawan tu bukan macam main RAGBI.
Mula-ii tangkap, dah dapat tendang.
Kawan tu bukan macam PAMPERS.
Dah pakai pastu buang.
Kawan tu bukannya macam BARANG KEMAS.
Waktu baru beli pakai, dah sengkek gadai.
Kawan tu bukan macam PELANGI.
Hari cerah hilang, hujan gerimis baru muncul.
Kawan tu bukan macam KERETA.
Rosak sikit jual, beli baru.
Kawan tu bukan macam CHIPSMORE.
Kejap ade, kejap takde.
Kawan tu bukan macam BANK.
Bila dah takde duit baru nak cari.

RAKAN

Rakan ialah perantaraan antara kawan dan kenalan.
Rakan ialah orang yang berkongsi minat,
kerjaya, hobi, permainan, guru, kelas, matlamat
dan sebagainya dalam satu organisasi atau kumpulan
seperti persatuan, kelab, syarikat, pertubuhan dan sebagainya.

Agak berbeza maksud tiga perkataan tu.
Nak cari SAHABAT yang sentiasa ada
dengan kita memang susah,
1 dalam 1000.

KAWAN pulak kadang-ii menyenangkan,
kadang-ii merimaskan pun ada.

Inikan pulak RAKAN yang sekadar tempat
untuk berkongsi minat masing-ii.

Susah nak cari TEMAN yang betul-ii ada dengan kita
tak kira susah atau senang.
Kadang-ii ada depan mata kita tapi kita pulak yang tak nampak.
Hum~

Lumrah hidup nie memang tak boleh nak lari.
Semua nak "perfect" tapi kita tak sedar
yang diri kita sendiri pun tak perfect
apatah lagi kita yang nak "perfect" kan diri kita.

Dalam erti kata lain,
janganla terlalu memilih untuk bersahaba atau berkawan
atau berteman tapi mesra kerana
masing-ii takde yang "perfect".
Masing-ii ada kekurangan tersendiri.
Yang "perfect" hanyalah seorang iaitu
NABI MUHAMMAD saw :)

اللهم صلّي على سيّدنا محمد :')

Saturday, 1 March 2014

Kadang-ii

Hidup tak dapat di jangka..
Kadang-ii kita dekat atas,,
Kadang-ii kita dekat bawah..
Begitu jugalah dalam perhubungan..

Kadang-ii jernih, kadang-ii keruh..
Kadang-ii O.K, kadang-ii K.O..
Kadang-ii senang, kadang-ii rimas..
Kadang-ii gembira, kadang-ii sedih..
Dan kadang-ii sayang, dan kadang-ii benci..

Lumrah kita sebagai manusia memang tak boleh lari..
Tiada perhubungan yang semuanya "perfect"..
Pasti akan ada sesuatu yang membuatkan
satu perhubungan itu keruh ataupun retak..

Sayang memang senang diungkap dengan kata-ii
tapi untuk melaluinya amatlah sukar..
Banyak cabaran yang harus dilalui
dalam membina sebuah hubungan yang utuh..
Dan kerana itulah kita harus berdoa
jika mahukan sebuah hubungan yang utuh..

Allah tidak akan menguji seseorang atau pasangan itu
lebih daripada kekuatannya untuk dilalui..

Sesungguhnya setiap dugaan atau ujian atau cabaran
yang datang itu
haruslah diterima dengan kesabaran dan keredaan
kerana Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui
apa yang terdaya dan apa yang tak terdaya
dilalui oleh hamba-iiNYA..

CINTA, SAYANG, RINDU, SUKA, MINAT,
itu adalah lumrah dalam kehidupan kita
sebagai hamba kepadaNYA yang SATU..

Tidak salah untuk bercinta, berkasih sayang
dan merindui sesama manusia
kerana itu adalah fitrah semulajadi yang sekian lama
telah wujud dalam setiap hati manusia..

Tapi janganlah melebihi cinta, sayang dan rindu
padaNYA yang SATU kerana
DIAlah yang melahirkan perasaan sedemikian dalam
hati setiap manusia..

Setiap perhubungan itu haruslah dibina
atas dasar cinta kerana Allah kerana
Allah lah yang mengurniakan cinta dan sayang
dalam setiap hati manusia yang bernafas..

Janganlah membina sebuah hubungan itu
atas dasar nafsu semata-ii
kerana perhubungan itu tidak akan kekal
dan tidak akan mendapat keredaan daripada Allah..
Jika tiada keredaan daripada Allah,
bagaimana untuk mendapatkan kebahagian ?

Sesungguhnya nafsu itu haruslah dikawal sebaik mugkin
agar nafsu itu tidak mengawal diri kita
yang mungkin membolehkan kita
terjunam dalam lembah yang penuh dengan kemaksiatan..

Jika benar sayang akan perhubungan itu,,
binalah secepat mungkin agar maksiat
tidak berleluasa sehingga dunia ini penuh dengan
kemaksiatan..

Allah itu Maha Besar..
DIA lebih tau apa yang terbaik buat kita..
Allah itu Maha Adil..
DIA tau apa yang patut dan apa yang tidak patut buat kita..
Allah itu Maha Mendengar..
DIA suka mendengar luahan hati hambanya..

Maka dengan itu,
berdoalah kepadaNYA agar perhubungan itu
cepat di ijab kabulkan dan
berdoalah kepadaNYA untuk memperoleh keredaan
dan kebahagiaan daripadaNYA
dalam membina sesuatu hubungan itu..

Friday, 28 February 2014

Salam Sayang

Saya sayang awak tapi kenapa awak tak sayang saya macam awak sayang kawan baru awak tu ? Saya rindu awak tapi kenapa awak tak rindu saya macam awak rindu dekat kawan baru awak tu ? Apa salah saya sehingga awak sanggup sisihkan saya dalam hidup awak ?? Saya tak faham dan tak mengerti dengan keadaan awak sekarang nie. Awak dah lain, awak tak macam awak yang saya kenal dulu. Dulu awak selalu ade dengan saya bila saya sedih atau gembira tapi sekarag bila saya perlukan awak, awak takde di samping saya untuk push saya dari belakang. Mana sahabat saya yang dulu ?? Saya nak awak yang dulu, saya nak awak yang dulu.. Tolong lar wak.. T_T
Awak, kalau lar awak boleh dengar rintihan saya nie kan bagus. Saya nak awak yang macam dulu. Saya rindukan awak yang dulu tapi saya tau, semua tu mustahil buat masa sekarang nie untuk awak balik pada awak yang dulu. Awak, saya sedih bila teringatkan awak. Dulu, kita rapat bagaikan adik-beradik. Bila awak susah, saya bantu awak. Bila saya pulak yang susah, awak yang datang bantu saya tapi sekarang,, awak yang dulunya selalu mengambil berat hilang sekelip mata. Bukan kembali kepadaNYA tapi tak tau ke mana. Saya sedih awak.
Awak, kenapa awak buang terus saya dalam hidup awak ? Dulu awak kata, sayalah satu-satunya sahabat awak yang awak ada dan saya jugalah sahabat awak yang terbaik dalam hidup awak tapi kenapa semua tu berubah bila awak ada kawan baru ? Apa salah saya sehingga awak buat saya macam nie ?
Siang malam saya berdoa pada Allah agar membuka pintu atma awak supaya saya dapat kembali ke dalam atma awak seperti dulu tapi doa saya masih lagi belum terjawab. Takpe, saya reda dan terima semua ujian nie. Saya yakin, suatu hari nanti mesti awak akan datang balik pada saya. Saya sentiasa menunggu saat tu awak..
Hurmm... Awak, seminggu lagi kite nak exam tapi awak masih lagi menghindari saya. Hina sangat ke saya nie di mata awak sehingga awak nak pandang saya pun susah. Saya tak tau mana silap saya terhadap awak. Kalau saya ada buat silap atau menyakitkan hati awak, saya mintak maaf. Tolong jangan hukum saya sebegini rupa. Rasa rindu untuk berbula-bual dengan awak begitu mendalam. Bila saya jumpa awak, saya rasa nak peluk sangat-ii awak tapi saya cuba kawal diri saya sebab saya tak nak buat awak bertambah marah terhadap saya.
Awak, sekali lagi saya mintak maaf jika saya menyusahkan awak. Mungkin dengan kehadiran saya ini dalam hidup awak selalu menganggu awak sehingga membuatkan awak menyampah dengan adanya saya di hadapan awak, maafkan saya awak tapi jangan lar awak buat macam nie. Awak ignore saya macam kita nie tak pernah kenal. Luar memang saya nampak kuat tapi dalam,,, hanya Allah yang tau. Awak, dulu bila awak dalam kesedihan, awak ingat tak apa yang kita buat ? Kita pegi lepak sama-ii, pegi makan-ii kat McD, awk ingat tak ?
Semua tu kenangan yang terindah dalam hidup saya. Saya tak akan lupakan semua kenangan-ii tu sebab itulah satu-satunya kenangan yang saya ada dengan awak. Awak, mungkin awak rimas dengan sikap saya yang terlalu mengambil berat tentang diri awak tapi saya buat semua tu sebab saya sayangkan awak. Saya sayangkan awak lebih daripada nyawa saya sendiri wak..
Sehari sebelum final exam, tiba-ii awak tercegak seperti tiang di hadapan saya. Alangkah gembiranya hati saya masa tu sebab awak masih lagi appreciate saya dalam hidup awak. saya ingatkan awak datang untuk berbual-ii dengan saya tapi sebaliknya. Pipi saya terasa sakit dan berdenyut-ii seperti ada satu tamparan yang amat kuat singgah di pipi saya. Saya tak tau apa salah saya sampai awak sanggup menampar saya. Selama kita berkawan, awak tak pernah tampar saya tapi sekarang sanggup awak buat macam nie dekat saya ? Apa dosa dan khilaf yang telah saya lakukan terhadap awak ?? Awak tolong lar cakap. Saya merayu dengan awak, cakaplah apa sebabnya. Saya mohon.... :'(
Begitu lama saya mendesak awak untuk mengetahui kebenaran, akhirnya awak bersuara juga. Alangkah sedihnya hati ini bila awak mengatakan diri saya ini bodoh. Saya tak faham apa yang awak cuba sampaikan kepada saya. Sanggup awak mengatakan saya bodoh hanya kerana awak mengesyaki saya cuba merampas si dia diri awak. Saya hanya diam tak berkata. Saya tak faham apa yang awak maksudkan dengan “si dia”.. Siapakah dia duhai sahabat ku ? Siapa ??
Sahabat !! Hanya kerana seorang lelaki awak tampar saya. Awak, saya tak pernah tau yang awak dah ada seorang teman lelaki. Selama nie kita tak pernah bersua muka apatah lagi bercakap. Kita sama-ii buat hal masing-ii, awak dengan cara awak dan saya dengan cara saya tapi kenapa awak tuduh saya yang cuba merampas si dia daripada awak ? Kenapa awak tak tuduh kawan-ii baru awak tu ? Awak takut kehilangan kawan-ii baru awak ??
Buruk sangatkah saya nie sehingga saya diperlakukan sedemikan ? Awak dah jauh berubah,, awak dah lain. Awak dah tak sama macam yang dulu lagi. Apa dah jadi dengan awak nie ? Siapa punca sehingga awak jadi macam nie?
Saya cuba terangkan pada awak secara baik tapi awak tetap tak percaya. Awak lebih percayakan kawan-ii baru awak. Awak, saya bukanlah seorang perampas. Saya tak kan sesekali merampas kebahagian sahabat karib saya apatah lagi awak. Saya tak sangka perangai awak macam nie terhadap saya. Saat ini, hati saya luluh dengan tuduhan awak terhadap saya. Dah lar awak, cukuplah sampai di sini saja kita berteman, saya dah letih dengan semua tuduhan melulu awak terhadap saya. Saya tak kesah apa yang awak nak cakap tentang diri saya asalkan awak bahagia.
Semalam kita jadi kawan dan hari nie kita dah jadi musuh. Kata-ii awak masih lagi terngiang-ii di telinga saya walaupun dah hampir setahun berlalu. Dalam setahun tu jugak kita tak berhubung apatah lagi berjumpa. Rasa rindu pada awak amatlah mendalam dalam hati ini walaupun masih ada lagi luka di hati kecil ini. Bagi awak, saya ialah musuh ketat awak tapi bagi saya, awak tetap kawan saya dunia akhirat.
Tapi tak lama lepas tu, awak muncul kembali di hadapan saya sama seperti awak muncul di hadapan saya dulu. Awak tundukkan muka awak semasa berhadapan dengan saya. Duhai sahabat, kenapa ?? Beribu-ii soalan bermain di fikiran saya. Setelah setahun awak menghilangkan diri, kini awak muncul kembali. Saya cuba untuk menghampiri awak tapi saya tak berani. Saya takut kisah dulu terungkit kembali. Cukuplah sekali sejarah hitam seperti itu berlaku dalam hidup saya. Saya tak nak benda itu berulang kembali.
Tiba-ii awak peluk saya. Saya tergamam dan terkedu. Saya cuba untuk membalas balik pelukan awak tapi susah. Saya sendiri tak tau kenapa. Selama nie saya selalu berdoa agar awak datang kepada saya dan memeluk saya seerat yang mungkin tapi entah mengapa satu perasaan yang tidak diundang hadir dalam hati saya yang kecil untuk membenci awak. Demi Allah duhai sahabat, tidak pernah terniat di hatiku untuk membenci dirimu, maafkan diri ini.
Saya cuba leraikan pelukan awak daripada saya tapi semakin saya cuba leraikan pelukan awak, semakin kuat pelukan awak terhadap diri saya. Ya Allah, kenapa nie awak ? Janganlah menangis wak.. Saya kan ada dengan awak nie. Saya cuba tenangkan awak tapi tangisan awak semakin kuat dan kedengaran awak meminta maaf dengan saya. Awak, kenapa nie ? Tolong lar awak, jangan macam nie. Saya cuba pujuk awak perlahan-ii dan akhirnya pelukan awak terlerai jua. Awak, sekarang nie saya minta pada awak, tolong ceritakan hal yang sebenar pada saya. Kalau saya boleh tolong, InShaAllah saya tolong.
Awak mulakan cerita tapi awak bercerita tentang si dia yang pernah awak tuduh saya sebagai perampas. Saya hanya mendengar luahan hati awak. Sebagai seorang sahabat, saya cuba bantu untuk awak melupakan si dia tapi saya hairan, mana pegi semuanya kawan-ii awak yang di gelar BFF ? Ke mana mereka menghilang di waktu awak perlukan mereka ?? Rupa-rupanya mereka hanya mengambil kesempatan atas kemewahan yang awak ada. Saya tak sangka sanggup mereka buat macam tu kat awak. Bila  diorang dapat tau family awak dah bankrupt dan awak dah takde apa-ii, diorang pegi tinggalkan awak. Kejam betul diorang.
Saya kesian dengan keadaan awak sekarang nie yang tak terurus. Dulu awak cantik dan menjadi igauan bagi setiap lelaki-ii kat luar sana tapi sekarang nie, awak nampak selekeh sangat-ii. Kenapa awak boleh jadi macam nie ?
Dah seminggu berlalu tapi awak masih tampak sedih. Awak, saya mintak maaf sebab saya rasa saya masih lagi belum berjaya membahagiakan sahabat saya sendiri,, saya kalah wak. Buktinya awak masih tampak sedih walaupun dah bermacam cara saya buat untuk awk tampak gembira. Maafkan saya jugak sebab saya tak dapat buat awak lupakan si dia sebab sayang awak terhadapnya tetap utuh dalam diri awak. Semakin hari keadaan awak semakin tak terurus selepas pemergian orang tua awak.
Awak, tolonglah kuatkan semangat awak. Lupakan tentang dia dan mulakan hidup baru. Kesian kat mak dan abah awak kat sana, mesti diorang sedih tengok keadaan awak macam nie. Awak harus teruskan hidup awak walaupun tanpa dia di sisi awak. Saya kan ada. Saya sentiasa dengan awak. Saya tak akan biarkan awak hadapinya seorang diri.
Hari demi hari, Alhamdulillah.. Akhirnya awak dah kembali pada yang dulu tapi semua tu hanya sementara. Saya tak faham dengan awak, siapa saya sebenarnya pada awak ?? Time awak sedih awak cari saya tapi bila awak dah senang awak pegi macam tu je. Awak tak pernah appreciate apa yang saya dah buat untuk awak. Saya rasa diri saya hanya tempat awak melepaskan kesedihan di hati awak je. Lepas sedih di hati awak hilang, awak tinggalkan saya macam tu je. Ya Allah, apa sebenarnya yang awak nak dari saya ?? Kadang-ii saya benci dengan perangai awak dan kadang-ii saya kesian kat awak. Menyesal rasanya saya tolong awak, itulah yang terdetik di hati saya semasa awak angkat kaki dari rumah saya.
Hurmm.. Awak pegilah jauh-ii daripada hidup saya. Saya dah tak perlukan awak lagi, ramai lagi orang yang sudi bersahabat dengan saya. Kini, tinggallah saya sendirian. Sedih awak tau, sedih. Saya sayangkan awak tapi awak yang membuatkan saya benci pada awak. Awak, saya mintak maaf. Saya takde niat untuk membenci diri awak tapi keadaan yang membuatkan saya benci awak.
Lepas daripada hari tu, saya tak terima satu message atau contact daripada awak. Saya harap awak bahagia diluar sana dengan kawan-ii baru awak. Saya harap diorang tak kecewakan awak buat kali yang kedua. Satu hari, saya dapat berita mengenai diri awak. Alangkah terkejutnya saya bila saya dapat tau yang awak dah kembali ke rahmatullah. Ya Allah, kenapa cepat sangat awak dipanggil menghadapNYA ?? Belum sempat saya mintak maaf atas kekasaran saya terhadap awak tempoh hari.
Awak, saya tak terima semua nie. Awak !!!!!!!! Tolong jangan tinggalkan saya. Tolong lar awak. Ya Allah, kembalikanlah sahabat aku, aku pohon padaMU ya Allah.. Hanya itu yang keluar daripada mulut saya di waktu itu. Saya tau, saya tak sepatutnya melawan takdir tapi saya terlalu sedih sehingga membuatkan saya tak boleh menerima kenyataan yang awak dah takde. Ya Allah, kuatkanlah diriku ini.. T_T
Awak, sekarang nie saya dalam perjalanan ke rumah awak. Sesampainya saya kat rumah awak, seluruh anggota badan saya kaku. Saya tak sanggup dan saya tak kuat untuk teruskan perjalanan saya ini. Saudara-mara awak cuba memapah saya untuk naik ke rumah awak. Saya rebah di sebelah badan yang terbujur kaku diselimuti kain putih. Saya menangis sekuat hati saya sebab saya tak percaya yang tu adalah awak.
Saya tak percaya semua nie berlaku dalam hidup saya. Kawan saya sejak di bangku sekolah rendah dah pegi buat selama-lamanya meninggalkan saya sendrian di sini. Awak, kenapa awak sanggup tinggalkan saya ?? Kenapa awak hukum saya dengan meninggalkan saya buat selama-lamanya ?? Apa salah saya wak ?? T_T
Saya turun mengiringi awak ke rumah baru awak dari belakang. Saya masih lagi dalam keadaan menangis. Tiba-ii saya terasa tangan saya dipegang oleh seseorang. Sungguh saya terkejut bila tengok awak yang pegang tangan saya dan meminta saya supaya tabahkan hati, kuatkan semangat dan terima kenyataan apa yang dah berlaku. Saya tetap menangis teresak-ii. Saya tak boleh hadapinya seorang diri wak.. Saya perlukan awak untuk hadapi semua nie. Awak kesat airmata saya dengan penuh kasih sayang dan berkata “awak, saya sentiasa ada dengan awak tak kira mana awak pegi”. Saya terkedu. Saya tak faham apa maksud awak. Awak cuba terangkan pada saya satu persatu dan barulah saya faham.
Semua pengurusan jenazah awak dah selesai. Hati saya sayu sewaktu awak di timbus oleh tanah. Hati saya meraung-ii memanggil nama awak. Awak masih lagi dengan saya semasa pengurusan jenazah. Awak peluk saya erat-ii dan saya tak nak pelukan awak tu menjadi pelukan terakhir buat saya tapi pelukan awak mulai renggang. Hati saya meronta-ii, tolong.. Tolong jangan leraikan pelukan tu, tolong lar wak.. T_T
Lepas semuanya dah selesai, awak ucapkan selamat tinggal pada saya dan mengingatkan kata-ii awak yang terakhir pada saya sekejap tadi. Luluh hati saya bila awak ucapkan selamat tinggal pada saya. Sedih awak, sedih sangat-ii.. Apa-ii pun, saya doakan awak di tempatkan bersama orang-ii yang beriman.
Mulai saat itu, saya dah tak menangis dah wak.. Pesanan awak yang terakhir saya masih ingat dan saya akan ingat buat selama-lamanya. Saya sayang awak sangat. Awak, kini dah hampir lima tahun awak pegi meninggalkan saya sendirian. Saya rindu sangat-ii kat awak, rindu untuk berbual-ii dengan awak, rindu nak makan sama-ii dengan awak, rindu nak study dengan awak, boleh dikatakan saya rindu awak dan nak awak balik semula duduk di sisi saya tapi saya tau tu semua mustahil.
Awak, tiap kali saya rindu awak, saya datang melawat awak seperti apa yang awak katakan. Saya datang melawat awak dan sedekahkan al-fatihah buat awak. Awak, seumur hidup saya, saya tak pernah ada kawan sebaik awak walaupun kadang-ii awak menyakitkan hati. Takde sape pun boleh gantikan tempat awak dalam hati saya. Hanya awak yang layak bertakhta di hati saya sebagai sahabat saya yang terbaik.
Awak, saya dah nak balik nie, kalau ada masa saya datang melawat awak pulak. Saya sayang awak sangat-ii, sangat-ii sayang.. Salam sayang dari hati saya.. Semoga awak berbahagia di atas sana..
Salam sayang ^^

Thursday, 23 January 2014

This moment might not be there tomorrow

Life changes every moment
Sometimes a serene shade and sometimes a harsh sunlight
Live every moment to the fullest
This moment might not be there tomorrow
Someone who loves you truly is a rarity in this world
If you find such a person then that’s the one for you
Hold on to that hand
That person might not be there tomorrow
Live every moment to the fullest
This moment might not be there tomorrow
With love in those eyes when that someone comes near to you
No matter how much restrain your heart it just races with its beats
But the moment you have now might not be there tomorrow
Life changes every moment
Sometimes a serene shade and
Sometimes a harsh sunlight
Live every moment to the fullest

This moment might not be there tomorrow

Friday, 10 January 2014

LAWAK ?? ADAKAH ANDA SEORANG ISLAM YANG SEJATI ??

Bayangkan benda ini berlaku pada anda......

Suatu hari ketika mana pada waktu solat Jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1000 jemaah,, tiba-ii masuk 2 orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam.. Tak nampak apa-ii pun,, cuma 2 biji mata dengan membawa senjata yang besar.. Lalu salah seorang lelaki menjerit "SESIAPA YANG SANGGUP MATI KERANA ALLAH,, SILA BERDIRI DI TEMPAT KAMU DUDUK SEKARANG !" Selepas mendengar akan amaran lelaki itu,, maka segeralah bertempiaran lari para jemaah untuk menyelamatkan diri.. Daripada 1000 jemaah tadi,, kini hanya tinggal lebih kurang 45 jemaah sahaja yang masih berdiri di tempat masing-ii termasuk Pak Iman.. Lelaki yang memberi amaran tadi segera membuka penutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Iman sambil berkata,, "OK PAK IMAN,, SAYA DAH HALAU SEMUA YANG HIPOKRIT,, SEKARANG BOLEHLAH PAK IMAN MULAKAN SEMBAHYANG JUMAAT".. Lalu kedua lelaki itu berpaling dan meninggalkan para jemaah..

Adakah anda RASA LAWAK dengan cerita di atas ?? Selain terhibur fikir-fikirkanlah..

Lawakkan,, dari 1000 jemaah yang mengaku dia adalah ISLAM
tapi hanya 45 jemaah sahaja yang betul-ii beriman pada ALLAH..

Lawakkan,, berapa banyak manusia yang
mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya..
Kedua-ii lelaki tadi hanya membawa senjata besar sahaja
dan tidak berkata untuk MEMBUNUH..
Generasi sekarang makin lemah.. Baru diugut terus lari lintang-pukang,,
lupa yang dia tidak solat lagi..

Lawakkan,, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja,
ada yang sebulan sekali
dan ada juga yang dalam setahun tu hanya seminggu..

Lawakkan,, ramai orang percaya kepada gosip-ii
dan percaya apa yang ditulis oleh surat khabar itu benar
daripada apa yang tercatit dalam Al-Quran..

Lawakkan,, berapa ramai yang percaya bahawa
dunia ini hanya pinjaman sementara daripada Allah untuk kita
dan akhiratlah tempat yang kekal buat kita
tapi masih lagi berlumba-ii mengejar harta dunia
sehingga lupa akan Allah dan Rasul-NYA..

Lawakkan,, kita boleh bersembang-ii dengan BF/GF berjam-ii lamanya
tapi nak berdoa pada ALLAH,,
alahai,,,,,, tak cukup masa sebab takut BF/GF merajuk..

Dan lebih lawak lagi,, bila kita post banyak thread atau email
yang berunsur lawak jenaka dan lucah ke semua tempat
tapi kita merasa berat nak berkongsi dan post moment yang berkaitan agama..

Lawakkan ?? Kenapa ?? Inilah realiti kehidupan..

Ini hanyalah untuk renungan bersama.. Tidak ditujukan pada sesiapa tapi !!! SIAPA YANG MAKAN CILI DIA YANG TERASA PEDASNYA.. Sampai di sini sahaja dulu buat masa ini.. InShaAllah di lain masa, kita share something yang lain plk..
Salam Sayyidul Ayyam semua :)

Hyper Act