Yang teringat hanya canda dan kesedihan,
Dalam gelap hati ini,
Aku menangis..
Mengenangkannya juga sudah tidak ada ertinya.
Apa yang telah terjadi tidak akan kembali.
Kenangan,
Akan tercipta bila ada yang pergi meninggalkan kita,
Bisikan hati yang tersimpan dalam bayangan
Kini telah menjadi bintang,
Kali ini tidak akan aku
Biarkan ia terjatuh atau menangis.
Yang pergi biarlah pergi
Kerana itu tidak akan merubah apa-apa.
Teruskan hidup
Kerana perjalanan diri masih jauh dihadapan.
Entah apa rintangan atau dugaan
Yang bakal diterima.
Kuatkan semangat,
Kuatkan azam,
Kuatkan hati.
Ingat Allah,
Ingat Rasulullah SAW,
Ingat yang tersayang.
Yang benar,
Hamira Halim
No comments:
Post a Comment